in ,

Kozae Kau Indahkan Mimpi Ku Featuring Mimi One Nation Emcee

Selepas kejayaan lagu tema Kampung Girl, Kozae sekali lagi melahirkan sebuah single rap terbaru. Sebuah lagi lagu hip hop yang menggandingkan penyanyi hip hop Kozae Murtaza dengan seorang penyanyi tinggi lampai, Mimi One Nation Emcee telah pun berjaya dirakam dan hari ini muzik video lagu ini sudah pun berada di Youtube. Muzik video ini dirakamkan pada bulan September lalu dengan menggunakan banyak menggunakan kesan khas dan green screen. Lagu berjudul Kau Indahkan Mimpiku ini menceritakan tentang kekecewaan dan khayalan seorang kekasih yang telah ditinggalkan dan membuatkan dirinya sengsara.

Kozae

Kozae Kau Indahkan Mimpi Ku Featuring Mimi One Nation Emcee

Chorus :
Bukan aku tak cinta
Bukan aku untuk mu
Kau tak mengerti kaseh
Apa yang ku mahu, yang ku mahu.

Verse 1 :
Kau indahkan mimpi ku
berfantasi ku bahagia dengan mu
bisikan cinta aku hilang arah
tanpa kata kau diam membisu
dulu indah lafaz cinta kau berlalu tanpa ku
melodi indah nyanyi kita berdua
sedih tidak cemburu mungkin iya
penjelasan ku pinta ku dapat hanya duka
biar aku sengsara suka di dalam luka
biar perit akan ku telan jua
agar dikau bahagia ku buat apa saja
angan ku moga kita bersama
rela aku merana lihat dikau bersama
akhir nya aku pasrah

Chorus :
Bukan aku tak cinta (Beri peluang buat diri mu bahagia)
Bukan aku untuk mu (Hanya untuk mu cinta ke akhir waktu)
Kau tak mengerti kaseh (Aku derita menahan rasa)
Apa yang ku mahu (Aku tahu)
Yang ku mahu..

Verse 2 :
Indah bahagia terperangkap dalam cinta
ku genggam tangan mu ayuh kita kesana
kita tinggal kan semua yang nyata
mari ke mahligai dari mimpi yang kita bina
hanya kita berdua tiada siapa mengganggu
seperti waktu sebelum kau pergi dari ku
kau tak faham sayang harap kau mengerti
cinta untuk mu ada di sini
aku bernama setia kusut di timbun resah
realiti memisah kita
menghukum aku mimpi kita semuanya musnah
percaya lah suatu masa nanti
cinta mu ada di sini

Bridge :
Harus berapa lama lagi
menunggu di talian ini
tinggal kan aku, tinggal kan aku
tak perlu lagi bersama
bersama

Chorus :
Bukan aku tak cinta (Beri peluang buat diri mu bahagia)
Bukan aku untuk mu (Hanya untuk mu cinta ke akhir waktu)
Kau tak mengerti kaseh (Aku derita menahan rasa)
Apa yang ku mahu (Aku tahu)
Yang ku mahu..

Composer : Kozae & Mimifly
Lyrics : Kozae & Mimifly
Arranger : Kozae

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kasih Toq & OMG Berjaya Ke Final Liga Lawak Superstar

Faizal Ismail Kini Jadi Pengacara Nasi Lemak Kopi O