in ,

Meracun Minda! Lagu ANTA PERMANA – Siti Nurhaliza Berhantu! Itu Kata Sitizoners

Rata-rata peminat penyanyi nombor satu, Siti Nurhaliza bersetuju dengan pendapat mengatakan lagu ANTA PERMANA dikatakan sangat meracun minda. Lebih kurang berhantu la. Apa tidaknya, pada hari pertama lagi, lagu ini menaiki tangga carta iTunes..

Semalam telah berlangsung #FANtastik Santai Bersama Kelab Peminat Artis dan Pengumuman Malam Pra Kemuncak ABPBH 31 di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Budiey sempat menemubual beberapa orang peminat Dato’ Seri Siti Nurhaliza tentang lagu terbaharu ANTA PERMANA.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucap tahniah buat Sitizoners yang telah berjaya menang besar di acara yang sangat happening semalam di mana mereka memenangi JUARA zumba dan FC Paling Inifiniti. Berbaloi korang berlatih Zumba tu sampai penat tapi tak pernah nak mengeluh sebab korang enjoy sangat. Nampak effort korang. Yang penting korang bersatu hati menjayakan acara ini meskipun Siti Nurhaliza dah tak tercalon kan?

Oh, di ruangan komen ada penonton video kat atas ni komen tentang sebutan. Sebab Budiey sebut dalam bahasa baku. Pengkomen suruh sebut ANTA PERMANE. HAHA… Apa-apa sahajalah.

Lagu ANTA PERMANA akan dinyanyikan buat pertama kalinya di Anugerah Planet Muzik di Singapura pada hari Jumaat ini dengan diiringi penari. Nantikan video Budiey di APM nanti ya.

“Kami sendiri cukup seronok melihat mereka giat menjalani latihan tanpa mengira waktu. Latihan secara intensif diadakan selama empat hari di sebuah studio di Cheras, sejak pertengahan bulan ini.

“Siti bertuah mempunyai peminat seperti mereka. Ia sekali gus seiring dengan hala tuju ABPBH sendiri yang memartabatkan kuasa undian peminat,” – Rozi Sang Dewi

Pada hari sama, bertempat di Lambang Sari, majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 31 turut diadakan dengan berkongsi butiran mengenai pengacara, artis yang bakal membuat persembahan dan penyampai trofi pada malam kemuncak nanti.

Selain persembahan oleh artis terkenal seperti Lan Solo, Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Aman Aziz, tetamu juga dihidangkan dengan pertunjukan fesyen oleh pereka, Razman Razmi.

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, yang akan mencapai kemuncaknya pada 7 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini lirik lagu Anta Permana – Dato Sri Siti Nurhaliza

Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafas ku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Ohhhhh….
Kau tiada pengganti……

Komposer & Lirik: Hael Hussaini & Ezra Kong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Yang Berlaku di #FANtastik Santai Bersama Kelab Peminat Artis ABPBH 31

Tak Kisah Digelar Lalang, Wak Doyok Sah Masuk Parti AMANAH