in ,

Alif Satar & Fad Bocey Sertai I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA Musim Ke-4

Akhirnya Kemenangan Milik Floor 88 Di ICSYVMY4 Edisi Raya!

Program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan kembali untuk musim yang keempat! 

I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) membuka tirai dengan edisi raya yang bersiaran pada 16 Mei 2021 (Ahad), 9.00 malam di TV3. Penyertaan kedua Floor 88 sebagai artis jemputan di episod tersebut menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka apabila penyanyi misteri, Ezzu Fauzi (Ekhmal Ezzuan Mohd Fauzi) pilihan Ayie Floor 88 merupakan penyanyi sebenar! Ezzu Fauzi yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan awam ini turut memenangi peluang merakam sebuah single dengan artis tanah air.

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA

ICSYVMY4 menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama dan Lazada Malaysia sebagai penaja bersama akan bersiaran pada setiap hari Ahad, 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 untuk 11 episod seterusnya. Musim terbaharu ini mengekalkan Sean Ljedan Shuk Sahar sebagai hos program serta mengalu-alukan penyertaan dua selebriti popular iaitu Alif Satar dan Fad Boceysebagai ahli penyiasat tetap di samping Jihan Muse. Penyanyi popular tanah air yang menyahut cabaran untuk mengenalpasti penyanyi sebenar ialah Hafiz Suip, Fauziah Latiff, YonnyBoii, Aina Abdul, Ruffedge, Amy Search, Amir Masdi dan ramai lagi.

Untuk makluman, ICSYVMY Musim 3 yang telah bersiaran untuk 21 episod pernah mencecah 5.5 juta penonton, mencatatkan kadar tontonan TV secara purata pada 3.1 juta penonton serta mengumpul 55 juta tontonan digital pada keseluruhannya. Apakah magis dan kejutan yang bakal ditonjolkan dalam musim terbaharu ini? 

Pada setiap episod, seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan akan diundang untuk memeriahkan suasana di studio ICSYVMY. Tugas para penyiasat adalah untuk membantu artis jemputan mendedahkan penyanyi misteri yang mereka rasa ialah penyamar bersuara sumbang.

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA

Setiap episod, 6 penyanyi misteri akan diperkenalkan. Artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang telah dikenal pasti sebagai penyamar bersuara sumbang di setiap pusingan. Jika penyanyi misteri yang berjaya mara ke pusingan akhir itu ialah penyanyi sebenar, beliau berpeluang untuk merakam sebuah lagu single dengan artis popular tanah air manakala penyamar suara sumbang pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3000. 

Berikut ialah penerangan bagi kesemua pusingan ICSYVMY4:

Pertama             6 penyanyi misteri diberikan 2 identiti yang mengandungi bayangan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang.1 penyanyi misteri akan disingkirkan dalam pusingan pertama. 
Kedua             5 penyanyi misteri akan melakukan persembahan secara lip sync. 2 suara berbeza akan diperdengarkan iaitu nyanyian yang merdu dan sumbang menerusi persembahan ini. Artis jemputan perlu mengenal pasti dan menyingkirkan 2 penyanyi misteri di dalam pusingan ini.
Ketiga             3 ahli panel penyiasat suara sumbang akan dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan seorang penyanyi misteri selepas mendengar rakaman suara sebenar mereka secara individu. Artis jemputan perlu membezakan yang benar atau bohong berdasarkan penerangan ahli panel penyiasat suara sumbang. Artis jemputan diberikan 100 saat untuk berbincang dengan ahli panel penyiasat sebelum membuat keputusan.1 penyanyi misteri akan disingkirkan. 
Keempat             Artis jemputan perlu memilih pasangan duetnya antara 2 penyanyi misteri di pusingan penentuan ini. Artis jemputan akan diberikan maklumat tambahan yang menunjukkan penyanyi misteri ialah penyanyi sebenar. Beliau boleh meminta pendapat panel penyiasat suara sumbang.

Sesi rakaman ICSYVMY4 telah dijalankan pada bulan April 2021 dengan berpandukan SOP yang ketat malahan sesi uji bakat juga diadakan sepenuhnya secara atas talian pada bulan Disember 2020. Walaupun begitu, sambutan uji bakat tetap meriah apabila pihak produksi sudah menerima lebih daripada 4,000 penyertaan pada minggu pertama!

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA

Jangan ketinggalan untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam di TV3. ICSYVMY4 menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama, Lazada Malaysia sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple iPad Pro Dengan Cip Pemprosesan M1 Sedia Ditawarkan di Malaysia Bermula Hari Ini

Konsert Unplugged Search 40 Years Menampilkan Akim Ahmad Sebagai Vokalis