in , ,

Alif Satar Bakal Timang Anak Ke-3, Dah Sedia Nama Anak Siap-Siap

Isteri kepada pelakon dan pengacara Alif Satar kini sedang hamil anak ketiga yang sudah mencecah usia 6 bulan kehamilan.

Apakah persiapan Alif Satar dan isteri untuk menyambut cahaya mata yang bakal lahir dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Kongsi pelakon drama bersiri Pia itu, ini merupakan kehamilan isteri yang sangat mencabar buat dirinya kerana emosi si isteri sering berubah.

“Bila dah bakal timang anak ketiga, dia punya persiapan lebih kepada cara lama, memandangkan kami sebelum ini sudah ada pengalaman dalam lakukan persiapan anak yang bakal lahir.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, kehamilan kali ini agak mencabar buat isteri Alif mungkin sebab jantina anak ketiga ini adalah lelaki.

“Sebelum ini keduanya adalah perempuan jadi perbezaannya kali ini mungkin lebih kepada perasan serta emosi isteri,”

– Alif Satar
Alif Satar
Masa menimang anak kedua

Aliff sekeluarga bagaimanapun tak sabar untuk menantikan kelahiran ahli baru dalam keluarganya.

“Tapi apa yang pasti kami pun tak sabar nak menerima ahli baru yang dijangka bakal lahirkan pada bulan Oktober depan.

“Diharapkan nanti bayi dan isteri semuanya selamat dan dipermudahkan. Terima kasih juga atas ingatan serta doa dari semua,”

– Alif Satar

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui dia sudah ada senarai nama anak bakal lahir.

Cumanya, nama tersebut masih di peringkat perbincangan di antaranya serta isteri.

“Dah ada rancang nama anak dah tapi kami masih memilih lagi sebenarnya bersama dengan isteri.

“InsyaAllah selepas seminggu bayi itu akan dilahirkan saya akan kongsikan nama anak bersama peminat,”

– Alif Satar
Sumber: Media Hiburan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pertandingan I-Sing World 2019

Video: Putus dengan Redza Rosli Sebab Oktovia Manrose, Ini Penjelasan Ayda Jebat