in , ,

Konsert A Night With Alif Satar & The Locos Bersama Anggi Marito

Perpanjang Jambatan Silaturahim Malaysia – Indonesia. A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito Bakal Tawan Peminat Muzik Nusantara. Tiket sudah dijual mulai 27 November.

Alif Satar & The Locos membuka tahun 2024 dengan sebuah khabar gembira buat seluruh peminat.

Sebagai sebuah kugiran yang telah ditubuhkan sejak 2018 dan dinobatkan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) menerusi lagu Anugerah Terindah, Alif Satar & The Locos yang diketuai Alif juga sudah lama menantikan acara seumpama ini.

Bukan tidak pernah terlibat dengan persembahan atau konsert sepanjang karier namun ada yang istimewa mengenai pertemuan pada 7 Januari 2024 buat Alif Satar & The Locos menghiburkan peminatnya.

Alif Satar & The Locos

Menambah bonus, malam pertemuan itu akan menampilkan penyanyi Indonesia yang semakin mencuri perhatian lewat hitnya, Tak Segampang Itu, Anggi Marito. 

Ia dinamakan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito yang bakal berlangsung 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Gabungan kedua penghibur dengan Alif bersama kugiran sementara Anggi sebagai solois, dengan kedua-duanya telah mencetak pelbagai pencapaian didatangkan hasil idea  penganjur, Mutiara Optimum Sdn Bhd dan penganjur bersama, MND Sport & Event Sdn Bhd.

“Mungkin akan ada yang tertanya bagaimana A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito konsep akan berlangsung.

“Alif Satar bersama kugirannya, The Locos dan Anggi Marito akan mempamerkan vokalnya secara solo dengan genre yang berbeza namun akan tetap ‘menyatu’ di atas satu panggung.

“Itulah keistimewaan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito. Kami melihat kekuatan dalam Alif Satar & The Locos dan Anggi Marito dengan cara masing-masing.

“Alif Satar & The Locos punya ciri khas tersendiri dan begitu juga Anggi Marito. Mengapa mereka berkongsi pentas? Kerana kedua-duanya istimewa.

“Semoga gabungan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini bukan hanya mengukuhkan silaturahmi dan mengeratkan hubungan bisnes industri muzik tetapi juga menyatukan citarasa Nusantara peminat,” ujar Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Anggi Marito

Bagi Alif, menerima lamaran pihak penganjur untuk melaksanakan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito adalah sebuah apresiasi yang ditujukan kepada industri dan peminat yang tidak pernah lelah menyokong karier nyanyiannya selama ini.

“A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito bukan hanya tentang Alif Satar & The Locos sahaja tapi saya melihat dalam konteks yang lebih besar apabila digabungkan dengan Anggi Marito.

“Ini adalah tentang silaturahim dua negara serumpun, tentang muzik menjadi jambatan kepada pengkarya saling bertukar idea dan berkembang.

“Namun saya tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya kami sangat teruja untuk bertemu peminat lalu menghiburkan mereka selepas agak lama tidak membuat persembahan dengan durasi yang agak panjang,” kata Alif.

Pemenang tempat ketiga Indonesian Idol musim ke-11, Anggi pula menyifatkan peluang berkongsi panggung dengan Alif Satar & The Locos apa lagi membuat persembahan di Malaysia sebagai platform yang baik untuk melebarkan sayap kariernya.

Untuk itu jangan sampai terlepas menonton A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito pada 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga SILVER (free standing) – RM198, GOLD (free standing) – RM218, PLATINUM (normal seat) – RM258, DIAMOND (premium seat) – RM328 dan VIP BOX (meet & greet) – RM475 (each ticket).

Manakala untuk sessi MEET & GREET (add on) boleh dibeli dengan harga RM158 menerusi talian 03 8605 0195 atau layari [email protected] di Myticket.asia.

Tiket sudah dijual mulai 27 November lalu di SINI

INFORMASI

ACARA: A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS AND ANGGI MARITO

TARIKH: 7 JANUARI 2024

LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR

PENGANJUR: MUTIARA OPTIMUM SDN BHD 

PENGANJUR BERSAMA: MND SPORT & EVENT SDN BHD

TIKET: 

  • SILVER (free standing) – RM198
  • GOLD (free standing) – RM218
  • PLATINUM (normal seat) – RM258
  • DIAMOND (premium seat) – RM328
  • VIP BOX (meet & greet) – RM475 (each ticket)
  • MEET & GREET PASS (add on) – RM158

PLATFORM PEMBELIAN: MYTICKET.ASIA

LAYARI : [email protected]

TALIAN: 03 8605 0195

PLATFORM MEDIA SOSIAL

INSTAGRAM: MOENTERTAINMENT.ASIA & MNDSPORTNEVENT

TIKTOK: MOENTERTAINMENT.ASIA & MNDSPORTNEVENT

TWITTER: MOENTERTAINMENT.ASIA & MNDSPORTNEVENT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Keluarga Rafeah Buat Kecoh Dalam Kami Orang KL

REDMAGIC

Redmagic 9 Pro & 9 Pro Plus Dilancarkan di Malaysia Dengan RAM Hingga 24GB