in

ALBUM TERBARU OMAR ALI DIA YANG SATU

Wajah dan suara yang tidak asing dalam dunia penyiaran Negara, Omar Arif sekarang mengorak langkah maju setapak lagi meneroka bidang nyanyian dengan pelancaran album sulungnya memaparkan lapan lagu baru dan dua lagu yang dirakam semula.

Menurut Omar, langkah ini merupakan minat serta hasratnya yang telah lama terpendam, memantapkan lagi portfolio dan pengalaman luasnya dalam pelbagai bidang termasuk Sektor Korporat, Pengacara Majlis yang disegani, Lakonan, Pakar Runding dalam Pengurusan Majlis dan Perhubungan Awam. 

Persoalan yang munkin tertanya, kalau Omar meneroka dalam nyanyian siapa tahu munkin selanjutnya bidang tarian pula?  Dalam hal ini, Omar cepat menerangkan dengan jelas bahwa stail nyanyian beliau lebih terpengaruh dengan stail penyanyi lagenda Frank Sinatra, yang terkenal dengan suara lunaknya dan bukan sebagai penghibur lagu dan tari.  Dan kalau diteliti, persamaan yang dapat dibanding pengaruhnya lebih kepada ikon penyanyi kontemporari barat, Harry Connick Jr.

Dalam album sulung Omar, beliau mengemukakan genre campuran bertujuan untuk semua genap lapisan pendengar dan peminat.  Umpamanya, lagu “Pancaroba” sebuah lagu patriotik yang dipadankan dengan irama latin jazz, sementara lagu Allyahyarham Tan Sri P. Ramlee “Hujan Di Tengahari” pula telah di gubah dalam bentuk “big band jazz”.  Terdapat juga sebuah lagi ciptaan dan gubahan Mohar (MOHRAM) dalam genre pop-etnik, manakala lagu ciptaan Rudy pula lebih keirama “Dance Music” dan pelbagai lagi.

Omar juga sentiasa peka dalam membuat bakti semasa berjaya.  Dalam hal ini, semasa pelancaran album sulungnya “Dia (Yang Satu)”, Omar berhasrat untuk menyumbangkan semua kutipan jualan pada majlis tersebut kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Niat murninya itu terbit tatkala terbaca sebuah artikel tulisan seorang pemberita menceritakan akan keperitan hidup 30 keluarga termiskin di golongan penduduk setinggan generasi ketiga di Taman Sentul Utama, Kuala Lumpur.  Sebuah penempatan murah yang tersepit dicelah perumahan mewah ditaman tersebut.  Maka itu, walau sekecil mana sekalipun sumbangan, pastinya akan memberikan perubahan yang amat bermakna untuk mereka. 

Album sulung Omar Arif akan dilancarkan pada 28 Oktober 2008 jam 8 malam di Saloma Theatre & Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Dari Mata Arisa Lakonan Ashraf Muslim Ayu Raudhah

Gambar Sekitar Pelancaran Album Omar Arif Dia Yang Satu