in , ,

Aktiviti Skuba di Pulau Terkenal Malaysia Dalam AURA AKUATIK

Bayangkan pemandangan di dasar laut yang begitu mengujakan berada di depan mata anda. Seterusnya anda dapat menyaksikan sendiri keindahan batu karang dan hidupan laut yang terdapat di situ. Pada sebelah malam pula anda dijamu dengan makanan laut yang segar dan enak.

Situasi penuh membahagiakan ini terutama kepada pencinta aktiviti skuba dalam travelog “Aura Akuatik” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bermula siarannya pada 23 September ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 2.00 petang di TV1.

Bersama-sama hos Livonia Ricky, gadis Bidayuh kelahiran Kuching, Sarawak melakukan aktiviti mencabar skuba ditemani instruktor menjelajah Pulau Tioman, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, Pulau Tenggol dan banyak lagi. 

Poster Aura Akuatik

Episod pengenalannya bercerita tentang keindahan alam di Pulau Tioman dimana setelah puas menjelajah pulau Livornia bersama instruktor membawa penonton menyelam didasar laut Pulau Tioman untuk melihat sendiri keindahan batu karang dan hidupan laut yang terdapat di situ. Pada sebelah malam pula mereka dijamu dengan makanan laut yang segar dan lazat.

Kg. Air Batang, Pulau Tioman

Menikmati keindahan alam sekitar di Kg. Air Batang, Pulau Tioman secara berbasikal. Memahami sejarah Pulau Tioman dan Kg. Air Batang. Hos menyelam skuba ke Pulau Ladas yang mempunyai kapal tenggelam dan Kg Batu Malang (Malang Rock).

Kg. Tekek, Pulau Tioman

Berada di Kg. Tekek, Pulau Tioman mempunyai banyak kemudahan seperti terminal jeti, sekolah, lapangan terbang, klinik kesihatan, dan Taman Laut. Tok Empat menceritakan sejarah Kg Tekek. Hos menyelam skuba ke K.M. Sipadan yang mempunyai kapal tenggelam dan Pulau Rengis yang mempunyai Batu Karang Artifisial untuk melihat sendiri keindahan batu karang dan hidupan laut. Melakukan aktiviti memancing dan menangkap sotong.

Episod Di Pulau Redang

Kampung Genting, Pulau Tioman

Memperkenalkan sejarah Kampung Genting dan membawa kita menikmati keindahan alam sekitar, aktiviti pantai, bengkel batik dan gerai cenderamata serta bebas cukai. Bertemu bual dengan penyelam skuba wanita dan belajar kasut ‘fin’ yang berlainan bentuk serta fungsi masing-masing. Hos menyelam skuba ke Pulau Jahat dan Pulau Bahara.

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

Menjelajah Kg. Pasir Hantu mendapatkan maklumat tentang sejarah, pembangunan dan tempat yang paling indah di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Memperkenalkan aktiviti laut dan pantai popular seperti kapal Katamaran, ‘Jungle Trekking’, “Fishing Trip, Fish Point, Turtle Point” dan ‘Shark Point’. Hos menyelam skuba ke “Police Wreck” (kapal polis) dan “Sugar Wreck” (kapal gula). 

Pulau Perhentian Besar, Terengganu 

Memperkenalkan Carver Cove, chalet pelancongan dengan bangunan hiasan istimewa sesuai untuk berbulan madu . Aktiviti dilakukan berkayak di Pulau Perhentian Besar, Snorkel Selam Bebas dan menyelam skuba ke Terumbu Tiga dan Batu Caping. Menjelajah sumber air dan bermain di Lata Air Berani yang membekalkan air tawar ke seluruh Pulau Perhentian Besar. 

Pulau Lang Tengah, Terengganu 

Kongsi keindahan Pulau Lang Tengah dengan bot. Di pulau ini ada tiga buah resort, pantainya ada air laut yang sangat jernih dan pasir yang halus, mempunyai pantai untuk melihat matahari terbit pada waktu pagi dan matahari turun pada waktu senja. Semua pelancong boleh menyaksikan ikan yang berwarna-warni tanpa perlu keluar ke lautan hanya berdiri di atas jambatan dan jeti sahaja. Hos menyelam skuba dan snorkel ke DSD, ‘Fish Heaven’.

Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu 

Memperkenalkan Sari Pacifica Resort, Pasir Panjang, Pulau Redang dengan aktiviti pantai, kemudahan dan makanannya. Hos melakukan aktiviti snorkel selam bebas ke dua tempat untuk bermain dengan penyu, batu karang dan hidupan laut yang terdapat di sana. Hos menyelam skuba ke Maritim Malaysia 3134, sebuah kapal tenggelam untuk menikmati ekosistemnya.  

Pulau Bidong Dan Pulau Karah, Terengganu

Terokai keindahan Pulau Bidong dan Pulau Karah, Terumbu Kili, Keluk Karang Kecil dan Teluk Kerma dengan bot untuk membuat selam skuba, bermain dengan penyu, karang batu dan ikan berwarna-warni. Memancing ikan, menikmati alam akuatik masuk ke dalam bas tenggelam, “artificial reef’ dan sebagainya.

Pulau Redang, Terengganu

Memperkenalkan pulau yang ada kemudahan kenderaan darat, sekolah, klinik kesihatan dan kedai cenderamata di Pasir Panjang, Pulau Redang. Hos menikmati dan belajar sejenis kuih telur kubis. Memahami sejarah Pulau Redang dan aktiviti nelayan pada musim monsun. Menyelam skuba di Pulau Kerengga Besar, ‘Tunnel Point’ dan “Scuba Walker”. 

Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu 

Di Pulau Redang, belajar ‘Paddle Board‘, melawat dan menjalankan aktiviti di Tapak Penetasan Penyu, kemudahan perkhemahan di Pulau Redang. Belajar membuatkan sebuah ‘artificial reef’ dan menggunakan penapis merah semasa snorkel dan menyelam skuba. Hos bersama menyelam skuba kanak-kanak ke Pulau Kerengga Kecil dan Telok Dalam. 

Pulau Tenggol, Terengganu 

Di bandar Kemaman, Terengganu, belajar membuat keropok lekor dan menikmati air kelapa, satar dan nasi kerabu nenek. Hos Livornia memperkenalkan Bot LOB ‘Live On Board’ pergi ke Pulau Tenggol, Kemaman untuk ‘Makan, Tidor dan Menyelam’, memancing ikan dan mencandat sotong. Belajar menggunakan sejenis alat khas menyelam skuba bernama “Dive Computer”. Menyelam skuba ke Tokong Timur dan Tanjong Rajawali di Pulau Tenggol untuk mendapat pengalaman yang istimewa dan amat berbeza. 

Pulau Tenggol, Terengganu

Berada di Tenggol Coral Beach Resort, Pulau Tenggol untuk memahami aktiviti dan kemudahan yang disediakan. Belajar teknik pernafasan agar tahan lama semasa menyelam skuba. Menemu bual Ahmad Daniel, 16, yang berhasrat menjadi jurulatih menyelam skuba termuda di Malaysia. Menjalankan ‘jungle trekking’ menyeberangi Pulau Tenggol. Menyelam skuba ke Rajawali Reef dan ‘The Highway’ bermain dengan penyu dan menikmati keindahan batu karang dan ikan-ikan lautan yang unik di Pulau Tenggol.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Noor Hisham Abdullah | 23

Gambar Dr Noor Hisham Digunakan Scammer, Ini Satu Manipulasi & Bahaya