in , ,

Betullah! Orang Kita Memang Pemaaf, Shuk Sahar Tidak Lagi Dikecam

Shuk Sahar, menyatakan rasa syukur apabila kemunculannya semula dalam industri seni diterima dengan baik, terutama selepas mendirikan rumah tangga bersama Fara Salleh pada November lalu.

Shuk, atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, yang kini berusia 38 tahun, melihat perubahan positif ini berlaku setelah dirinya ‘digam’ daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan pengacaraan selama dua tahun, ketika namanya terpalit dengan kontroversi.

Menurut Shuk, salah satu perkara yang disyukurinya ialah sikap pemaaf rakyat Malaysia. Dia melihat penerimaan orang ramai semakin baik dari hari ke hari. “Saya bersyukur hidup di negara ini kerana rakyat Malaysia pemaaf. Saya lihat penerimaan orang sudah semakin baik. Kita tahu jika kita melakukan sesuatu yang salah, mereka akan marah, tetapi jika kita buat sesuatu untuk membetulkan keadaan, mereka terbuka dan menerima.

Berbanding dulu, kalau orang nampak kami bersama, orang akan kecam. Sekarang, kalau muat naik foto bersama, apa pun, orang tak kecam, orang okey,” katanya dalam sidang media Dol’s Podcast bersama Shuib dan Fizie di Tasty Chapati.

Berkongsi tentang kehidupan rumah tangganya bersama Fara, Shuk menjelaskan bahawa majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana. “Kami buat secara ringkas sahaja sebab saya perlu menjaga banyak hati yang saya tak boleh puaskan. Jadi saya ambil keputusan untuk menjalankan dulu apa yang wajib. Manalah tahu tiba-tiba ada rezeki lebih, mungkin kita boleh buat kenduri lain dan saya akan jemput,” katanya lagi.

Sebelum bersama Fara, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, yang kini berusia 8 tahun, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Shuk berharap agar dapat terus maju dalam kerjaya seninya dan menjalani kehidupan peribadi yang lebih baik selepas melalui pelbagai cabaran dan kontroversi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YONNYBOII

Berganding Dengan Jobranko, Yonnyboii Serlah Sisi Rock Dalam Nadi