in , ,

Datuk Red Dikecam Cium Kepala Bekas Isteri, Adira Semasa Siaran Langsung

Aduhai, rasanya tak berapa nak sopan dan elok nak cium kepala bekas isteri. Kalau dah cerai tu buat cara dah bercerai bang!

Tindakan spontan usahawan terkenal, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan, yang mengucup kepala bekas isterinya, Adira Suhaimi, ketika siaran langsung di TikTok baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen.

Adira mengakui sedar dengan kecaman yang diterimanya. Namun begitu, beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut. Adira menegaskan bahawa mereka yang menonton siaran langsung itu dapat melihat sendiri reaksi wajahnya pada ketika itu.

“Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu, tapi kalau boleh, saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini. Saya enggan memanaskan isu ini kerana ia tidak mendatangkan faedah pun kepada saya,”

– Adira

Dalam pada itu, Adira menjelaskan bahawa niat asalnya adalah semata-mata untuk membantu bekas suaminya dalam perniagaan dalam talian. Ketika ditanya sama ada dia menetapkan sebarang syarat kepada Datuk Red untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang, Adira sekali lagi memilih untuk tidak memberi sebarang komen. “Itu pun saya tak nak komen sebab niat asal saya cuma nak membantu saja,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red telah bercerai dengan talak satu pada 24 April yang lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Kejadian yang berlaku semasa siaran langsung tersebut menambah lagi kontroversi dalam kehidupan peribadi mereka yang sudah sedia menjadi perhatian ramai. Keputusan Adira untuk tidak memperbesarkan isu ini menunjukkan sikap profesionalismenya dalam menangani situasi yang mungkin boleh menjejaskan reputasi dan perniagaannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Hamidun Lancar Single ZAMZAM, Meraikan Cinta Suci & Taat Setia Hajar

Anker Perkenal Aksesori Pengecasan MagGo Untuk Peranti Apple di Malaysia