Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Xpresi Kembara Bersama Yuna Di Pulau Pangkor



Kehadiran sekuntum bunga yang memeriahkan industri muzik dengan irama segar masa kini semakin diterima ramai. Imejnya yang tampil bertudung seolah membuktikan bertudung bukanlah penghalang untuk melakukan apa sahaja yang diminati terutama melibatkan muzik indie yang menjadi kegilaan remaja masa kini.

Sebagai memberi peluang kepada peminat untuk berkenalan dengan lebih dekat dan mesra dengan gadis kecil molek yang berbakat dalam bidang nyanyian dan ciptaan lagu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah program berbentuk travelogue membawakan Yuna, gadis yang mula meningkat naik dengan lagu popularnya, Dan Sebenarnya ini menerusi episod istimewa, Xpresi Kembara pada  12 Disember (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Diterbitkan oleh Mohd Zam Ali, Xpresi Kembara bersama Yuna dirakamkan sekitar Perak baru baru ini telah menerokai tempat tempat menarik dan keindahan negeri Perak. Antara tempat menarik yang dirakamkan adalah sekitar Pulau Pangkor yang sememangnya terkenal dengan keindahan pulaunya serta produk perlancongan semuladi. 

Sedikit info mengenai program Xpresi Kembara, program ini menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara. Program seperti ini dapat memajukan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. Malah  memasukkan elemen penglibatan artis dengan persekitaran, sebagai episod mengundang artis Yuna menyertai aktiviti snorkling di Pulau Pangkor.

Antara aktiviti aktiviti yang menarik sepanjang penggambaran Xpresi Kembara berlangsung di sekitar Pulau Pangkor ialah snorkling di Pulau Giam, berbasikal ke Pantai Teluk Nipah, melawat Kota Belanda, jeti penangkapan ikan moden dan kilang memproses makanan laut.

Pemilik nama penuh Yunalis Zarai berasal dari Alor Setar, Kedah yang menjadikan Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990) sebagai idola ini menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan sendiri aktiviti yang dianggap menyeronokkan di samping merehatkan minda. 

Lulusan UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang ini ternyata begitu teruja sepanjang mengunjungi Pulau Pangkor dengan pengisian aktiviti termasuklah berpeluang memegang sendiri hasil tangkapan laut seperti udang galah dan ikan pari yang selama ini tidak pernah dicuba olehnya.

Kepada peminat peminat Yuna, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik percutian Yuna yang dirakamkan dalam Xpresi Kembara pada  12 Disember (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2
  • TAHNIAH! Yuna Terima Anugerah Kembara AIM18
  • Saksikan Xpresi Kembara Di TV1
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 1
  • Majlis Pelancaran Xpresi Kembara Pulau Perhentian
  • Yuna Ziarahi Kediaman Datuk Dan Neneknya Di Batu Gajah
  • Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?
  • Liyana Jasmay & The Band di Pulau Perhentian Xpresi Kembara
  • Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER



    • gaban

      Yuna ni berbakat la.Suara sedap, pandai cipta lagu lagi. Tapi…..sayang sket la rupa x bleh blah aa..ciptaan Tuhan tu dah indah, cuma nak komen cara pakai tudung tu je yg buat dia nampak buruk sket. Punya la banyak fesyen bertudung yg cantik,cari la yg sesuai utk muka awak tu.Kenapa nak pakai tudung yg melekap je sampai ilang shape muke?Skali tengok kot depan cam orang botak pakai tudung pun ade. Flat sangat.Banyak je artis/personaliti tv yg bertudung tampil kemas n cute. Ni pendapat aku je, sorry ek klu ada yg tersinggung n x stuju.Anyway, gd luck Yuna.

    • Hamba Allah

      gaban…tak baik ckp camtu! maybe tudung lain mahal kot…that’s why yuna pilih tudung tu! rupa tak penting, yg penting dia dah pun menjalankan kewajipan ebagai muslimah dgn menutup aurat. takdela nampak jambul kat depan! hehe…

    • Em0tional damaged

      Aq mnt gle ngn yuna..style dy lawa..gud luck for yuna..hdup indie..!!

    • wan nurul aida

      Hai yuna awak memang berbakat dan pandai bernyanyi dahlah awak cantik dan baik hati yuna awak nak tahu tak saya minad awak kerana suara awak merdu dan awak pandai pakai tudung.yuna awak nak tahu baju yang awak pakai tu cantik sangat lepas tu muka awak berseri putih dan awak pandai ubah tudung.yuna saya memang nak sokong awak saya akan doa kan awak semoga berjaya dan teruskan menyanyi.yuna sayanak ucapkan Selamat berpuasa dan Selamat berbuka puasa dan saya dan saya nak ucapkan asalammualaikum yuna. Babai…yuna

    • cendana

      to gaban: awk nih mmg xikut fesyen tudung semasa kot…hikhi….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK