in

Sekitar Pelancaran Video Muzik Pendeta NAIZLE

Betul juga kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Segala apa yang kita buat dengan kesungguhan, pastinya akan ada kejayaan yang menanti di hadapan. Tak perlu berikan banyak alasan atau dolak dalih lagi, kalau mahu berjaya, nak tak nak kenalah berusaha lebih gigih. Itu yang penting sekali!

Pada 5 Disember 2009 yang lalu, bertempat di Restoran Intai-intai, penyanyi lagu PENDETA, Naizle telah melancarkan lagu single pertama dan juga muzik video untuk lagu PENDETA. Beberapa hari sebelum berlangsung, Naizle juga turut menjemput 6 orang pembaca Sensasi Selebriti untuk turut sama-sama hadir untuk menjadi orang yang pertama menyaksikan muzik video Pendeta secara eksklusif.

Terima kasih Naizle dan pengurusnya yang memberi peluang kepada kami. Dengan itu, Budiey telah menjemput 3 orang pembaca yang datang bersama dengan seorang teman. Mereka ialah Hidayat, Sherliza dan Aida. Namun, hanya 2 orang sahaja yang dapat hadir iaitu Hidayat dan Sherliza. Kedua-dua mereka dihadiahkan goodie bag lumayan daripada Budiey. Terima kasih atas kehadiran anda. Aida pulak, mana pergi, Budiey call tak jawab? Mmm… sendiri mahu jawab! Hahaha!  

Pembaca setia, Hidayat dan temannya. Kali pertama menang.

Sherliza bersama temannya Shirin. Dah banyak kali dah join event Budiey.com.

Dan pengacara majlis pada malam itu ialah Ajieb! Mmm, lengkap dengan baju tema. PUTIH!

Restoran Intai-Intai memang sesuai untuk diadakan majlis pelancaran seperti ini. Majlis ini dianjurkan oleh ETA Management Sdn bhd. Terima kasih kerana menjemput kami!

Rasanya tidak lewat untuk pihak pengurusan memperkenalkan Naizle kepada media kerana lagu single PENDETA masih rancak lagi diputarkan di radio. Namun, Budiey banyak menerima komen dari pembaca yang masih belum mengenali Naizle. Maklumlah, Naizle masih lagi muda dalam bidang dunia seni, walaupun dulunya karier Naizle bermula dengan menjadi penari dalam sebuah kumpulan hip hop.

Namun, Budiey percaya, kalau ada kemahuan di situ ada jalan. Kehadiran Naizle dalam dunia seni rasanya menyemarakkan lagi kemeriahan. Yelah, sekarang kan, dah ramai penyanyi yang tumbuh seperti cendewan, jadi, sekurang-kurangnya, Naizle meramaikan lagi penyanyi-penyanyi pelapis.

Budiey kira, pemilihan genre muzik progressive rock adalah satu pilihan yang tepat buat Naizle kerana suaranya yang serak-serak basah. Lagi pun, bagi Naizle dia begitu cenderung untuk melakukan sesuatu yang segar dan relevan pada industri muzik hari ini. Memang betul! Sekarang ni, musim orang tengah minat lagu-lagu yang berirama rock. Jadi, sesuai benarlah.  

Ini dia, Boy aka Sabhi. Seorang penyanyi baru yang bakal meletop! Sabhi Saddi atau selesa disapa Boy. Dulunya, Boy sekadar penari latar persembahan Adam. Ingat lagi dengan Esdeco? Haa… pasti anda ingat Sabhi turut buat persembahan bersama mereka.

Menjadikan Hazami dan Anuar Zain sebagai idolanya, Boy tampil dengan single berjudul Bergemerlapan. Tambah menarik, lagu berkenaan turut mengiringi drama bersiri Tari Tirana selain lagu Pendeta dendangan Naizle.

Dari kiri: Aszuad (pengurus Naizle & Sabhi), Sabhi dan komposer Omar K.

Pada malam itu, hadirin dijamu dengan masakan yang sememangnya sedap. Memang tak pernah mengecewakan sebenarnya makan kat Restoran Intai-Intai.

Budiey hanya letak desert je kat sini. Makanan main course dia best! Macam-macam ada!

Yummi- Yummi!

Paling best, ni dia… pulut durian. 5/5 bintang!

Turut hadir ialah dua orang pelakon Nadia dan Wan Sharmila. Diorang kata, kami datang pakai sempoi je. Okay lah, kita pun datang nak santai-santai aje.

Dimulakan dengan kata-kata aluan dari ayah kepada Naizle. Ternyata, keluarga Naizle begitu memberikan sepenuh semangat untuk Naizle terus mencipta nama sebagai penyanyi.

Sabagai gimik pelancaran, belon besar ini telah dilepaskan oleh ibu dan bapa Naizle.

 

Selepas pelancaran, Naizle dijemput oleh Ajieb untuk mendendangkan lagu Pendeta secara live.

Sebelum itu, hadirin berpeluang untuk menonton muzik video PENDETA secara eksklusif dan tidak lama lagi, muzik video ini akan diputarkan di stesen TV pula.

Oleh kerana lagu Pendeta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peminat, nada dering PENDETA telah disediakan dan peminat bolehlah memuaturun ringtones mulai 5 Disember.

Suprise! Pada malam itu juga, adik kepada Naizle yang bergelar Baby tu telah membawa kek hari jadi untuk Naizle tiup. Selamat hari jadi, Naizle! Semoga terus sukses!

Mmm… tiup jangan tak tiup!

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Hamidun Menang Komposer Muda Berpotensi di Anugerah MACP

Xpresi Kembara Bersama Yuna Di Pulau Pangkor