Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Wedding Zara Salim Davidson & Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin



Zara Salim Davidson mempersembahkan 11 pahar bingkisan perak dengan kemasan emas beralaskan baldu kuning dihiasi dengan ros putih kepada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin pada istiadat Akad Nikah DiRaja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

 

Bingkisan itu terdiri daripada tepak sirih perak kemasan emas, sirih junjung berjenjang lima, senaskhah Al-Quran, sejadah dan tasbih, sepasang persalinan berwarna firuz serta sampin tenunan Terengganu berwarna firuz dan ungu merah, satu set butang Baju Melayu perak bertatahkan permata biru kehijauan, dua helai kain batik sutera, seutas jam tangan, halwa berbentuk bunga mawar serta wajik, kek dua tingkat serta sebekas bunga rampai. Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi  selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali  sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300 hadirin.

Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini. 

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin mengurniakan sembilan pahar Bingkisan Diraja bersadur emas dan beralas baldu kuning kepada Zara Salim Davidson pada a istiadat Akad Nikah DiRaja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Bingkisan itu terdiri daripada tepak sirih berkerawang emas, sirih junjung tiga tingkat,  satu set perhiasan diri merangkumi tiara, rantai, kerongsang dan anting-anting serta bunga rampai dalam lima bekas lilin berbunga kristal. 

Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat , ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja. Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.

Zara sah menjadi isteri Raja Dr Nazrin tepat 11 pagi selepas baginda melafazkan akad nikah dengan sekali  sahaja di hadapan ayahanda dan bondanya, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, serta 300  hadirin. Istiadat Akad Nikah DiRaja itu disempurnakan oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria. Istiadat Pelantikan dan Perisytiharan Gelaran Raja Puan Besar Perak ke atas Zara diadakan esok manakala istiadat Persandingan DiRaja dan Santapan DiRaja pula bakal berlangsung Sabtu ini. 

- kredit: Bernama

[tags]Perkahwinan Raja Dr Nazrin, Zara Salim Davidson, wedding of the year[/tags]

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Wedding Zara Salim Davidson
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson
  • Gambar Anak Sulong Raja Dr. Nazrin Shah
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • The Sarah Connor Chronicles Lakonan Lena Heady @ 8TV
  • Gambar Raja Azura di Karpet Merah ASA 2010
  • Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010
  • Hari Raya Haji Jatuh Pada 8 Disember 2008



    • http://www.budiey.com Budiey

      meriahnya…

    • lady_carlorino

      Alhamdulillah… seorang lagi umat Rasullullah S.A.W selamat mendirikan masjid… semua berbahagia sehingga ke akhir hayat…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK