Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Watak & Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang

Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang 
‘Kala Malam Bulan Mengambang’ adalah sebuah filem hitam putih yang merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama menjelang. Misteri bermula apabila tayar kereta Saleh, seorang wartawan ditusuk sesuatu yang menyerupai rangka tangan sedang memegang ukiran lama berbentuk keris. Tayar kereta yang pancit menyebabkan Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seakan-akan menghalaunya pergi dari situ. Semakin lama Saleh tinggal di pekan itu, semakin banyak perkara misteri berlaku.   

Ada orang tangan merah! Ada jembalang! Ada keris! Walaupun telah diberhentikan tugas sebagai wartawan tetapi naluri kewartawanan yang sangat kuat dalam dirinya menyebabkan Saleh bertekad merungkai setiap kejadian misteri yang berlaku di pekan Senduduk Rimbun. 

Nantikan kemunculan ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, sebuah karya hitam putih berlatarkan tahun 1950an yang dibintangi Rosyam Nor, Umie Aida, Farid Kamil, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Bront Palarae, Kuswadinata, David Teo, Mohd Hitler Zami, Sofi Jikan dan Corrie Lee.

WATAK PERWATAKAN

ROSYAM NOR sebagai SALEH
Saleh adalah seorang bekas wartawan yang bertanggung jawab dan berani menghadapi cabaran. Beliau masih tidak dapat lari dari minat dan naluri kewartawanan yang gemar mengupas permasalahan masyarakat. Saleh tidak pernah berputus asa untuk merungkai misteri pekan Senduduk Rimbun.

UMIE AIDA sebagai CIK PUTIH
Seorang wanita cantik yang digilai ramai tetapi penuh misteri yang tersirat di sebalik penampilannya.  Tersepit antara cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. 

AVAA VANJA sebagai MISS ROGAYAH
Penyanyi kabaret yang telah jatuh cinta dan dipaksa oleh ibu bapa untuk mengahwini Saleh. Berperwatakan seksi, agak kasar dan suka memaksa bagi mendapatkan sesuatu yang diingininya.

CORINNE ADRIENNE sebagai DOREEN CHUA
Seorang wanita misteri yang banyak berahsia dan empunya pusat hiburan kabaret.  Bersifat angkuh, ego dan mementingkan diri sendiri.

DAVID TEO sebagai TAUKEH HOTEL
Seorang taukeh hotel yang tidak mempedulikan orang lain. Beliau hanya mementingkan keuntungan perniagaan hotel yang dijalankannya semata-mata.  Bersikap selamba tetapi kelakar.

KUSWADINATA sebagai Dr. RUSHDI
Seorang pakar sejarah yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas misteri sumpahan sebilah keris pusaka.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Noir Hitam Putih Pertama 2007
  • Peribahasa Karam Singh Walia @ Kala Malam Bulan Mengambang
  • Kala Malam Bulan Mengambang Filem Neo Noir Pertama?
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • TRIVIA: KAD PENGENALAN SIAPA NI?
  • Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang Arahan Mamat Khalid
  • Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21
  • Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw



  • 2 Komen untuk entri “Watak & Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang”

    1. Sina Adanni kata:

      kala malam bulan mengambang adalah sebuah filem yang menarik dan keunikannya dalam bentuk hitam putih tidak mencacatkan kualiti filem ini. walau pun ada yang tidak berpuas hati mungkin juga mengutuk tetapi yang sebenarnya mereka buta menilai nilai-nilai murni yang yang sepatutnya ada dalam diri pemuda-pemudi zaman ini. nilai yang saya maksudkan seperti menggunakan bahasa yang sopan, penggunaan peribahasa. watak Bront pada saya mencerminkan anak muda hari ini yang sengaja merosakkan nilai keindahan bahasa melayu. watak Rosyam menunjukkan semangat yang perlu ada dalam diri semua malaysia iaitu sikapnya yang tidak berputus asa.

    2. mudaz kata:

      7 per 10..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!