in

Kala Malam Bulan Mengambang Filem Neo Noir Pertama?

‘Kala Malam Bulan Mengambang’ (KMBM) adalah filem hitam putih pertama selepas ‘Jantina’ filem hitam putih terakhir yang dibikin pada tahun 1974 arahan Naz Achnas, keluaran Studio Merdeka, lakonan Ed Osmera, Noran Nordin dan Norizan.

Selepas 33 tahun, pengarah filem Mamat Khalid memilih bentuk penyampaian jenis ‘Neo-Noir’ bagi menyesuaikan kronologi penceritaan KMBM yang berlatarkan tahun 50-an. ‘Noir’, berasal dari perkataan Perancis dan bukanlah sejenis ‘genre’. Ia membawa perbezaan dari segi stail atau bentuk penyampaian filem itu sendiri. Filem jenis ini menekankan penceritaan berkaitan jenayah, gangsterism, detektif dan misteri. Ia juga amat berbeza dari segi ton warna dan berperwatakan sinikal.

‘Kala Malam Bulan Mengambang’ menampilkan artis dengan busana 50-an seperti kebaya ketat, kemeja kotak, tali leher, sarung tangan paras siku dengan gaya ala cabaret yang cukup menarik perhatian. Selain itu, KMBM turut menyelitkan lagu berentak tango, rumba, mambo dan lain-lain bagi menzahirkan keaslian latar masa pada ketika itu.

KMBM yang menampilkan Rosyam Nor sebagai pendukung watak utama adalah sebuah filem ‘tribute’ kepada seniman veteran dan bintang legenda tanahair sejak dari Studio Jalan Ampas sehinggalah ke Studio Merdeka.

‘Kala Malam Bulan Mengambang’ menjadi lebih unik apabila menggabungkan warga kerja industri perfileman dari pelbagai peringkat seperti dua penerbit filem atau drama sebagai pelakon iaitu David Teo dan Corinne Adrienne; seorang pengarah filem atau drama, Mohd Hitler Zami; seorang kartunis, Soya; seorang guru tari, Corrie Lee selain Umie Aida, Avaa Vanja, Farid Kamil, Kuswadinata, Bront Palarae dan Sofi Jikan sebagai pelakon.

Kredit: Press Release Tayangan Unggul

[tags]kalam malam bulan mengambang, filem neo noir, Naz Achnas, keluaran Studio Merdeka, Ed Osmera, Noran Nordin, Norizan, mamat khalid, jenayah, gangsterism, detektif dan misteri, 360, tv3, zulhazri, abby fana, kursus menari, tango, rumba, mambo, kabaret, disco kl, Studio Jalan Ampas, Studio Merdeka, Corinne Adrienne, Mohd Hitler Zami, Corrie Lee, Umie Aida, Avaa Vanja, Farid Kamil, Kuswadinata, Bront Palarae, Sofi Jikan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi, Cinta!

Filem I Am Legend Lakonan Will Smith Diboikot?