in

Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia Musim ke-6

Tahniah kapada bekas pengetua AF musim ke-2, Ramli MS kerana dilantik sekali lagi menjadi pengetua Akademi Fantasia ke-6. Kali kedua dilantik menjadi peneraju AF, sudah tentu Ramli MS masak dan sudah ada apa yang mahu diperbaharui dalam memastikan mutu akademik, disiplin dan persembahan pelajar sepanjang 10 minggu bersiaran. Ingat lagi dengan peristiwa di mana Mas pernah dimarahi oleh komposer popular ini sehingga peristiwa melontar pen ini menjadi sebutan dan melekat di memori peminat. Ingat lagi, komentar pedas yang menjadi trademarknya “pitching lari ke laut”, dan untuk musim ini, Budiey sangat menantikan apa lagi drama yang akan berlaku. Dan paling menyeronokkan apabila mendapat tahu bahawa Astro telah membuka peluang kepada individu yang berusia 18 hingga 45 tahun. Sebelum ini, had umur untuk masuk AF ialah 27 tahun saja.

Wah… kakak-kakak, abang-abang, pakcik dan makcik pun boleh menyertai AF musim ini? Bagaimana agaknya keadaannya, ya? Mungkin ini satu usaha untuk mewujudkan BIG famili AF di mana akan ada yang akan jadi ibu dan bapa kepada pelajar yang muda. Dan dalam masa yang sama mereka bertarung untuk merebut juara AF. Sudah tentu akan wujudnya satu drama yang baru di AF.

Bagi pihak Astro, usia tidak menjadi isu utama kerana Astro lebih menitik beratkan syarat lain seperti individu yang mahu menyertai AF tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Astro mahu memberikan suntikan variety dan kepelbagaian.

[tags]akademi fantasia 6, pelajar baru af6, gambar student baru af6, cikgu af6, peserta af6, ujibakat af6[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition

Watak & Sinopsis Filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG