in ,

Vin Diesel Umumkan Jadual Tayangan Fast & Furious 9 & 10

Siapa kata filem Fast & Furious akan ditamatkan. Oh tidak. Belum lagi ya. Melalui akaun Instagram, pelakon Vin Diesel pada khamis lepas, telah mengumumkan jadual tayangan bagi filem Fast & Furious 9 dan 10. Filem, Fast & Furious 9 bakal ada di pawagam pada 19 April 2019, manakala filem ini siri ke-10 akan menyusul dua tahun kemudian pada 2 April 2022. Selain itu, filem Fast & Furious ke -8 akan ditayangkan pada 14 April 2017.

Buat pengetahuan peminat Fast & Furious, jadual yang dirancang untuk filem ini tidak mestinya dikeluarkan mengikut jadual yang ditetapkan oleh produksi Fast & Furious.

Malah pelakon bagi filem ini masih mengekalkan teraju utama antaranya Diesel, Jason Statham, Dwayne Johnson, Kurt Russell, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Elsa Pataky dan Lucas Black dalam Fast & Furious 8. Buat peminat F&F harap bersabar menanti kesinambungan filem ini pada tahun hadapan.

Fast & Furious 9 & 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Punchline Maharaja Lawak Mega 2016 Makin Mantap?

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem GODS OF EGYPT