in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem GODS OF EGYPT

Premiere With Budiey terus menggegarkan sinema Malaysia, Budiey alu-alukan kepada anda semua sebuah filem fantasi yang padat dengan aksi yang wajib ditonton berjudul GODS OF EGYPT di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Kalau nak tahu, filem arahan Alex Proyas ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 25 Februari 2016. Filem ini diinspirasi atau diadapatasi dari kisah mitos Mesir tentang legenda dewa-dewa yang dipuja oleh rakyat Mesir pada zaman dahulu. Menarikkan?

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer GODS OF EGYPT yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Cinemas.

Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Gerard Butler, Brenton Thwaites, Nikolaj Coster-Waldau, Courtney Eaton. Abbey Lee, Geoffrey Rush, Rufus Sewell, Elodie Yung, Chadwick Boseman dan ditulis oleh Matt Sazama dan Burk Sharpless. Filem ini menceritakan tentang perjalanan seorang pemuda gagah perkasa bernama Bek (lakonan Breton Thwaites) yang bertarung untuk menyelamatkan dunia. Bek juga akan menyelamatkan cinta sejatinya dari seorang dewa penguasa kegelapan bernama Set (Gerard Butler).

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang mengujakan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

GODS OF EGYPT

Sinopsis Filem GODS OF EGYPT

Magic, monsters, gods, and madness reign throughout the palaces and pyramids of the lush Nile River Valley in this sweeping action-adventure inspired by the classic mythology of Egypt.

Set (Gerard Butler), the merciless god of darkness, has usurped Egypt’s throne, plunging the once peaceful and prosperous empire into chaos and conflict. With only a handful of heroic rebels opposing

Set’s savage rule, Bek (Brenton Thwaites), a bold and defiant mortal, enlists the aid of the powerful god Horus (Nikolaj Coster-Waldau) on a thrilling journey to save the world and rescue his true love.

As their breath-taking battle against Set and his henchmen takes them into the afterlife and across the heavens, both god and mortal must pass tests of courage and sacrifice if they hope to prevail in the spectacular final confrontation.

Peraduan Tayangan Premiere Filem GODS OF EGYPT

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 178 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

24 Februari 2016 (Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

TGV Cinemas 1 Utama, Bandar Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GODS OF EGYPT – Budiey.com di TGV Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #GodsOfEgypt

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #GodsOfEgypt kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama dalam filem GODS OF EGYPT

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GODS OF EGYPT – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere GODS OF EGYPT – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

23 Februari 2015 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 25 Februari 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Cinemas : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

GODS OF EGYPT

GODS OF EGYPT

GODS OF EGYPT

GODS OF EGYPT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vin Diesel Umumkan Jadual Tayangan Fast & Furious 9 & 10

Fitbit Unveils New Fashion-Forward Fitness Wristband, Fitbit Alta™