in

Video Making of Filem BUNOHAN

Video Making of Filem BUNOHAN

Baru-baru ini, Budiey menerima link pautan untuk video di sebalik tabir filem BUNOHAN. Rasanya, Budiey tak perlu perkenalkan lagi secara details tentang filem ini sebab filem ini dah mengegarkan senario filem negara apabila berjaya menembusi pasaran filem antarabangsa.

Dalam filem ini memberitahu tentang betapa pentingnya tentang hubungan kita dengan manusia lain, tentang hubungan kita dengan alam, hubungan kita dengan alam mistik. Sebuah corak filem yang jarang ditayangkan sebelum ini. Ada mistik, ada main peteri, ada tomoi dan bahasa loghat Kelantan. Itu buat Budiey suka dengan filem ini walaupun belum menonton filem ini sepenuhnya.

Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat yang punya karisma & berkarakter seperti Zahiril Adzim, Namron, Faizal Hussien, Bront Paralea dan ramai lagi. Dengan penampilan khas oleh seorang model ternama Tengku Azura sebagai buaya jadian.

Filem Bunohan ini akan ditayangkan mulai 8 Mac 2012.

PART 1

PART 2

Sinopsis Filem Bunohan:
Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

Penerbit:
Nandita Solomon

Pengarah
Dain Iskandar Said

Pengarah Seni:
Dain Iskandar Said

Penulis:
Dain Iskandar Said (Scriptwriter)
Dain Iskandar Said (Lakon layar)

Lakonan:
Faizal Hussein : Ilham (Pelakon Utama)
Zahiril Adzim: Adil (Pelakon Utama)
Pekin : Bakar (Pelakon Utama)
Bront Palarae : Deng (Pelakon Pembantu)
Namron : Pok Wah (Pelakon Pembantu)
Shoffi Jikan : Awang Sonar (Pelakon Pembantu)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hizbur Rahman Rakam Album Cahaya Atas Cahaya

Sinopsis Filem JIDIN SENGAL