in

Ujibakat Pertandingan Ceria Popstar Musim Ke-2

Selepas menobatkan pasangan duo yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Hairul atau nama sebenar Hairul Asri Alis Sofjan, 15, dan Leen atau nama sebenar Nur Shazleen Natasha Kamaluddin, 14, program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak iaitu Ceria Popstar kini kembali dengan pengisian lebih mantap untuk musim yang kedua.

hazama

Pihak produksi Astro telahpun mengunjungi ke dua buah lokasi utama terpilih untuk sesi uji bakat yang bertempat di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru pada 22 Mac dan Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 5 & 6 April yang lalu. Kini, pihak produksi akan berada di lokasi terakhir selama dua hari berturut-turut yang bertempat di Paradigm Mall, Kelana Jaya pada hujung minggu ini, 12 & 13 April 2014 untuk mengenal pasti bakat-bakat berpotensi dalam bidang seni suara yang bakal diserap masuk bagi memeriahkan musim terbaharu ini.

Turut hadir sewaktu sesi ujibakat ini ialah Cikgu Shafi selaku juri professional serta barisan artis jemputan seperti Hazama dan penyanyi hip hop W.A.R.I.S dan Juara Ceria Popstar musim pertama yang akan membuat persembahan istimewa.

Ada yang berbakat, apa kata cuba pertandingan ini. Untung-untung dapat jadi artis ya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Golden Awards 2014

AirAsia X Adds Fly-Thru Destinations