in

Senarai Penuh Pencalonan Golden Awards 2014

Rancangan anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat tempatan dan menyediakan ruang dan peluang buat industri hiburan Cina Malaysia untuk terus berkembang – Golden Awards – kini bakal kembali pada tahun ini. Malah pada sidang media khas yang berlangsung di The Royale Chulan Damansara Hotel pada 9 April itu, Saluran Ceria Anda, ntv7 telah mengumumkan 10 pencalonan teratas bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada tahun ini bagi merebut gelaran pemenang pada malam kemuncak anugerah itu yang bakal diadakan pada 20 September 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Golden Awards 2014 Top 10 Nominations PC - Attended by 60 local artistes

Mendahului pencalonan tertinggi bagi tahun ini adalah drama bersiri The Descendant yang menerima sejumlah 12 pencalonan diikuti dengan drama Mining Magnet yang menerima 11 pencalonan secara keseluruhan. Drama ulangtahun khas ntv7, The Undercover yang mendapat sambutan baik oleh para penonton pula berjaya mendapat 10 pencalonan.

Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik menyaksikan pelakon Leslie Chai dan Frederick Lee tersenarai dengan dua pencalonan bagi dua drama berbeza. Manakala Debbie Goh dan Chris Tong turut bersaing di dalam kategori anugerah Pelakon Wanita Terbaik dengan tiga pencalonan masing-masing dalam kategori itu. Pencalonan bukan sahaja dalam kategori Drama sahaja malah terbuka kepada kategori Bukan Drama di mana sejumlah 20 anugerah untuk kedua-dua kategori ini. Senarai kategori anugerah itu adalah seperti berikut:

Kategori Drama

1. Drama TV Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik
3. Pelakon Wanita Terbaik
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
6. Pelakon Baru Terbaik
7. Telemovie Terbaik
8. Pengarah Terbaik
9. Lakon Layar Asal Terbaik
10. Lagu Tema Drama Terbaik
11. Montaj Drama Terbaik

Kategori Bukan Drama

1. Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik
2. Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik
3. Rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik
4. Penyampai Rancangan Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik
5. Penyampai Berita Terbaik
6. Rancangan Majalah Terbaik
7. Pengacara Rancangan Majalah Terbaik
8. Rancangan Perayaan Terbaik
9. Montaj Rancangan Terbaik

Proses mendapatkan 10 pencalonan teratas itu mengambil masa selama lima bulan termasuklah waktu penghantaran penyertaan dan pengadilan pada pusingan pertama.

Airin Zainul, Group General Manager, ntv7 & 8TV

Antara yang mencuri perhatian di dalam pengumuman ini adalah pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Golden Awards 2012 – Coby Chong – sekali lagi dicalonkan di dalam kategori yang sama pada tahun ini menerusi drama bersiri Summer Brothers. Namun pencabar terdekat pelakon bertubuh kecil ini adalah Adrian Tan dan Henley Hii yang turut tersenarai dalam Top 10 Pelakon Lelaki Terbaik. Adrian Tan bukan lagi asing buat para peminat drama Cina tempatan yang telah membuktikan bakatnya dalam beberapa drama seperti Time FM, Back to Time FM dan The Undercover.

GOLDEN AWARDS 2014 TOP 10 NOMINEES

Drama Categories

D1 – BEST TV DRAMA

  1. The Adjuster 2
  2. Love Compulsory Season 2
  3. In Laws
  4. Summer Brothers
  5. Justice In The City
  6. The Undercover
  7. The Descendant
  8. Mining Magnet
  9. Love Compulsory
  10. The Beat

D2 – BEST ACTOR

  1. Jack Yap for Love Compulsory
  2. Frederick Lee for The Descendant
  3. Leslie Chai for Love Compulsory Season 2
  4. Henley Hii for The Adjuster 2
  5. Ernest Chong for The Undercover
  6. Leslie Chai for The Story of Smarty
  7. Coby Chong for Summer Brothers
  8. Frederick Lee for Mining Magnate
  9. Alvin Wong for Love Compulsory Season 2
  10. Adrian Tan for The Undercover

D3 – BEST ACTRESS

  1. Debbie Goh for The Descendant
  2. Chris Tong for The Adjuster 2
  3. Wayne Chua for The Game 2
  4. Chris Thong for Mining Magnate
  5. Debbie Goh for Mining Magnate
  6. Aenie Wong for The Game
  7. Debbie Goh for Lucky Bowl Part 1
  8. Loo Aye Keng for In Laws
  9. Chris Tong for Justice In The City
  10. Yeo Yann Yann for The Descendant        

D4 – BEST SUPPORTING ACTOR

  1. Wilson Chan for The Adjuster 2
  2. Steve Yap for The Descendant
  3. Jack Yap for After Class
  4. Chen Puie Heng for Mining Magnate
  5. Ernest Chong for The Descendant
  6. Freddie Wong for The Undercover
  7. Lawrence Wong for Lucky Bowl Part 1
  8. Frederick Lee for Happy Family
  9. Mers Sia for The Game 2
  10. Ernest Chong for After Class

D5 – BEST SUPPORTING ACTRESS

  1. Loo Aye Keng for Mining Magnate
  2. Miau Miau for The Game 2
  3. Yeo Yann Yann for Happy Family
  4. Chythia Tan for The Game
  5. Lim Ching Miau for Happy Family
  6. Debbie Goh for Happy Family
  7. Seck Fook Yee for Mining Magnate
  8. Emily Lim for Justice In The City
  9. Aenie Wong for Lucky Bowl Part 1
  10. Karena Teo for The Undercover

D6 – BEST NEWCOMER

  1. Karena Teo for Lucky Bowl Part 2
  2. Shuben Low for Love Compulsory
  3. Lum Woh Fook for Lucky Bowl Part 2
  4. Chythia Tan for The Game
  5. Tan Hau Yen for The Descendant
  6. Wind Lee for Dive Into Love
  7. Eewen Teoh for The Power of Love
  8. Ruby Yap for The Undercover
  9. Karena Teo for Love Compulsory
  10. Pauline Tan for After Class

D7 – BEST TELEMOVIE

  1. The Story of Smarty
  2. The Game 2
  3. Happy Family
  4. Double Trouble Love
  5. Durian Runtuh
  6. Lucky Bowl Part 1
  7. The Game
  8. Lucky Bowl Part 2

D8 – BEST DIRECTOR

  1. Kethsvin Chee for Love Compulsory
  2. Chan Wai Cheong for The Story of Smarty
  3. Tham Siew Ngoy for Summer Brothers
  4. Lim Pin Choong for Mining Magnate
  5. Jason Kok for The Descendant
  6. Tham Siew Ngoy for The Adjuster 2
  7. Chong Shee Lin for In Laws
  8. Ang Yee Sien for Love Compulsory Season 2
  9. Jason Kok for The Undercover
  10. Chong Shee Lin for Laws of Attraction

D9 – BEST ORIGINAL SCREENPLAY

  1. Love Compulsory Season 2
  2. Mining Magnate
  3. The Descendant
  4. The Adjuster 2
  5. Summer Brothers
  6. In Laws
  7. The Undercover
  8. Superhero at Home
  9. Justice In The City
  10. Laws of Attraction

D10 – BEST DRAMA THEME SONG

  1. The Story of Smarty
  2. In Laws
  3. Dive Into Love
  4. The Beat
  5. Laws Of Attraction
  6. Dreaming Of Sunshine
  7. The Descendant
  8. The Undercover
  9. The Descendant
  10. Mining Magnate

D11 – BEST DRAMA MONTAGE

  1. Mining Magnate
  2. In Laws
  3. The Beat
  4. Justice Bao Jr.
  5. Love Compulsory Season 2
  6. The Descendant
  7. Dark Sunset
  8. The Adjuster 2
  9. Love Compulsory
  10. The Undercover

Non-Drama Categories

ND1 – BEST VARIETY & ENTERTAINMENT PROGRAMME

  1. Aunty Must Go Crazy 2
  2. Mars VS Venus Season 2
  3. e7
  4. Aunty Must Go Crazy
  5. Ultimate Power Star 2
  6. Mandarin Battle Star Season 4
  7. Kids Ask Big Questions
  8. The Ultimate Song
  9. Rush Hunt
  10. Mandarin Battle Star Season 3

ND2 – BEST VARIETY & ENTERTAINMENT PROGRAMME HOST

  1. Winson Voon for 8 E-News
  2. William San for Mars VS Venus Season 2
  3. Lu Ser Yee for Aunty Must Go Crazy
  4. Nicholas Ong for e7
  5. Eaen Koo for Aunty Must Go Crazy 2
  6. KK Wong for Splash Fiesta
  7. Natalie Ng for 8 E-News
  8. Yeo Yann Yann for Aunty Must Go Crazy 2
  9. Tiang Kah Chee for Kids Ask Big Questions
  10. Chiong Pei Pei for Mars VS Venus Season 2

ND3 – BEST NEWS & CURRENT AFFAIRS PROGRAMME

  1. 7 Zoom In : Give Life a Second Chance
  2. 7 Zoom In Season 2 : A Tribute to Batang Kali Massacre Victims
  3. 7 Zoom In : Save Jalan Sultan
  4. 7 Zoom In : Old Folks
  5. Global Watch

ND4 – BEST NEWS & CURENT AFFAIRS PROGRAMME PRESENTER

  1. Chee Kah Teik for Global Watch
  2. Yong Yu Xi for Global Watch
  3. Kaw Ka Hoe for Global Watch
  4. Peh Kien Min for Global Watch
  5. Liang Kim Loong for What Say You

ND5 – BEST NEWSCASTER

  1. Lim She Ting for Mandarin 7
  2. Annie Kang Wai Thing for 8TV Mandarin News
  3. Chan Wei Wei for Mandarin 7
  4. Tan Chia Yong for 8TV Mandarin News
  5. Tan Ley Teng for Mandarin 7
  6. Chuah Sim Yi fo Mandarin 7
  7. Tiang Kah Chee for Mandarin 7
  8. Oh Seow Pheng for Mandarin 7
  9. Chan Poh Yin for 8TV Mandarin News
  10. Ooi Choong Han for Mandarin 7

ND6 – BEST MAGAZINE PROGRAMME

  1. Eve’s Diary
  2. Ho Chak!
  3. Helping Hands Season 2
  4. Folks and Tales
  5. Women’s Zone
  6. Listen to the World
  7. Step Forward
  8. 8 Mini Centuries
  9. Foodie Blogger
  10. A New Journey Season 2

ND7 – BEST MAGAZINE PROGRAMME HOST

  1. Jan Chin for Women’s Zone
  2. Cheryl Lee for 8 Mini Centuries
  3. Desmond Tey for 8 Mini Centuries
  4. Baki Zainal for Step Forward
  5. Yoon Ng for 8 Mini Centuries
  6. Jan Chin for Listen to the World
  7. Lynn Lim for 8 Mini Centuries
  8. Goh Wee Ping for 8 Mini Centuries
  9. Lynn Lim for Eve’s Diary
  10. Coby Chong for Foodie Blogger

ND8 – BEST FESTIVE PROGRAMME

  1. Aunty Must Go Crazy CNY Special
  2. Let’s Go Xi An
  3. Merdeka Special 2013
  4. Mandarin Battle Star CNY Special
  5. Chinese New Year in Harbin
  6. Ohayo
  7. Step Forward CNY Special 2013
  8. Truly Muslim Of Asia
  9. Oyishi
  10. Muslim in China 2013

ND9 – BEST PROGRAMME MONTAGE

  1. 7 Zoom In
  2. Aunty Must Go Crazy
  3. Mandarin Battle Star Season 4
  4. Malaysia Day Special 2012
  5. Listen to the World
  6. Wonder Explorer 2012
  7. Helping Hands Season 2
  8. The Brilliant Mind 2012
  9. Step Forward Season 9
  10. A New Journey 2012

Manakala Henley Hii yang juga terkenal sebagai penyanyi terbukti tidak harus dipandang enteng. Henley Hii memegang watak utama di dalam Glowing Embers dan The Adjusters 2 telah membawa kerjayanya ke aras baru.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik juga menyenaraikan Ernest Chong dan Alvin Wong buat pertama kalinya. Ini bermakna tahun ini, Ernest Chong yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Awards 2010 tersenarai buat dua pencalonan iaitu bagi wataknya sebagai teraju utama dan pembantu. Coby Chong pula mengorak langkah apabila tersenarai di dalam kategori bukan drama menerusi pencalonan Pengacara Rancangan Majalah Terbaik buat rancangan Foodie Blogger.

Pelakon berbakat yang pernah menggondol Pelakon Wanita Terbaik pada Golden Awards 2010, Yeo Yann Yann juga dicalonkan di dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada tahun ini menerusi drama The Descendant dan Happy Family.

Yann Yann juga tercalon buat pertama kali bagi kategori bukan drama iaitu Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik menerusi rancangan realiti Aunty Must Go Crazy musim ke-2. Manakala Debbie Goh yang pernah memenangi dua kali berturut-turut Pelakon Wanita Popular pada penganjuran Golden Awards 2010 dan 2012 turut tersenarai bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Pendatang baru jelita, Karena Teo buat julung kalinya dicalonkan dan mendapat dua pencalonan untuk Pelakon Baru Terbaik menerusi drama Lucky Bowl Part 2 dan Love Compulsory. Selain itu Karena juga tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk wataknya dalam The Undercover. Memberi saingan bagi kategori ini pastinya pemenang terdahulu seperti Seck Fook Yee (2010), Yeo Yann Yan (2012) serta pelakon berpengalaman Loo Aye Keng. Pesaing lain buat Karena dalam kategori sama adalah pelakon kanak-kanak, Tan Hau Yen dari The Descendant dan Shuben Low dari drama sitkom popular Love Compulsory.

Untuk kategori Lagu Tema Drama juga bakal menghadapi saingan sengit kerana pelbagai ramalan akan dibuat. Ini kerana antara lagu yang tersenarai pernah diiktiraf anugerah lain sebelum ini lantas menunjukkan kualiti lagu masing-masing. Sebagai contoh, lagu tema drama The Beat pernah memenangi Lagu Tema Terbaik di Anugerah Televisyen Asia yang ke-18 manakala lagu tema drama The Descendant, pula pernah mendapat pujian tertinggi di penganjuran Anugerah Televisyen Asia yang ke-17. Antara lagu lain yang tersenarai adalah runut bunyi dari In Laws dan Laws of Attraction serta sebuah lagi lagu lain dari The Descendant.

Bagi pencalonan Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik bagi kategori Bukan Drama, calon-calonnya adalah Ultimate Power Star 2, Mars VS Venus Season 2, Aunty Must Go Crazy, Aunty Must Go Crazy Season 2, Mandarin Battle Star Season 3, Mandarin Battle Star Season 4, Kids Ask Big Questions, The Ultimate Song, e7, dan Rush Hunt. Manakala merebut gelaran Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik pula menyenaraikan KK Wong dari rancangan Splash Fiesta, Nicholas Ong dari e7, Chiong Pei Pei dari Mars VS Venus Season 2 dan Tiang Kah Chee dari rancangan Kids Ask Big Questions, serta Winson Voon dan Natalie dari 8 E-News.

Tiang Kah Chee yang pernah merangkul anugerah Pembaca Berita Terbaik pada tahun 2012 kini bakal bersaing dengan calon-calon yang lebih berpengalaman seperti Ooi Choong Han, Tan Ley Teng, Chan Wei Wei, Annie Kang, Chan Poh Yin dan ramai lagi.

Kategori Rancangan Majalah Terbaik pula menyaksikan pencalonan daripada Eve’s Diary, Ho Chak!, Helping Hands Season 2, Folks and Tales, Women’s Zone, Listen to the World, Step Forward, 8 Mini Centuries, Foodie Blogger dan A New Journey Season 2. Tumpuan akan diberikan kepada Jan Chin (Women’s Zone dan Listen to the World) dan Lynn Lim (8 Mini Centuries dan Eve’s Diary) yang mendapat dua pencalonan. Namun mereka bakal berhadapan dengan Cheryl Lee, pemenang bagi Pengacara Rancangan Majalah terbaik di Golden Awards 2012.

Proses Golden Awards 2014 bermula sejak September 2013, tahun lalu apabila penyertaan dibuka dan ditutup pada 20 Januari 2014. Keseluruhannya terdapat 238 penyertaan untuk kategori Drama dan 144 penyertaan daripada kategori Bukan Drama. Pusingan pertama telah diadili pada bulan Mac tahun ini di mana pusingan kedua dan terakhir akan dilakukan pada bulan Mei 2014 di mana sebuah lagi pengumuman mengenai pencalonan terakhir yang akan disenarai pendek pada bulan Jun nanti.

Golden Awards 2014 akan diadakan di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 20 september 2014. Menggalas cabaran tugas sebagai pengacara malam itu nanti adalah Lynn Lim. Penganjuran pada tahun 2010 dan 2012 menyaksikan jumlah penonton yang tinggi dan membanggakan.

Bagi memastikan rancangan itu boleh diakses di mana jua, ia boleh di tonton di atas talian di www.tonton.com.my.

Penganjuran anugerah ini pada kali ini juga memperkenalkan Anugerah Filem Pendek Golden Awards di mana pemenangnya di umumkan di sidang media tersebut. Penentuan kepada pemenang anugerah ini adalah dengan 80% diadili oleh para juri manakala 20% lagi menerusi undian dalam talian.

L-R Lynn Lim, Jan Chin, Natalie Ng, Yeo Yann Yann

Penyertaan pertandingan itu bermula 23 September sehingga 31 Oktober 2013. Keputusan itu diadili oleh juri terpilih pada 10 hingga 20 Disember 2013 dan undian online pula dilakukan pada 30 Disember 2013 sehingga 26 Januari 2014. Sejumlah RM12,000 wang tunai diberikan kepada para pemenang. Pemenang kategori emas mendapat wang tunai sebanyak RM5,000 ialah Lee Sze Ching untuk judul The Kiss.

Pemenang kategori perak pula ialah Arthur Teo Hui Teck untuk filem berjudul Spread the Love yang membawa pulang RM3,000. Manakal kategori gangsa membawa pulang RM2,000 oleh Danvon Chng dengan judul 1 Dream 1 Future. Kategori Anugerah Paling Kreatif dan Anugerah Pilihan Penonton juga di sapu bersih filem pendek The Kiss di mana setiap kategori menawarkan wang tunai RM1,000 untuk setiap satu.

Dalam perkembangan masa yang sama, bagi menghormati peristiwa MH370 dan ahli keluarga mereka, kesemua tetamu dan artis yang hadir meluangkan masa menyampaikan mesej mereka di panel khas yang diletakkan di sidang media tersebut. Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul juga tampil di pentas utama untuk memberi nota ringkas kepada semua yang hadir.

“Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menghadiri sidang media ini untuk mengetahui 10 pencalonan teratas bagi Golden Awards tahun ini,” kata Airin.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada one FM yang meneruskan sokongan selaku radio rasmi buat anugerah berprestij ini.”

“ntv7 sentiasa menghargai dan menyokong produksi tempatan kerana kami percaya bahawa dengan mengasah bakat yang kami ada, kita dapat melihat revolusi perkembangan industri hiburan Cina tanahair. ntv7 juga pernah mengadakan bengkel berkaitan dan penulisan skrip dua tahun lalu dan menyediakan ruang buat bakat-bakat ini di pelbagai platform. Sesi ujibakat juga sering diadakan untuk mencari bintang-bintang baru. Ini juga merupakan kali pertama Anugerah Filem Pendek diperkenalkan. Kami percaya kewujudan filem pendek ini dapat memperlihatkan kreativiti mereka yang menyertainya yang menunggu untuk diketengahkan”, tambah Airin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Golden Awards di www.ntv7.com.my/goldenawards2014.

In respect for those on board of MH370 and their families, all artistes and guests spent some time channelling their messages of comfort for MH370

L-R Karena Teo, Debbie Goh, Frederick Lee, Leslie Chai

Golden Awards Short Film Awards Gold, Silver, Bronze Winners

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Life Inspired Siar Million Dollar Listing New York

Ujibakat Pertandingan Ceria Popstar Musim Ke-2