in

Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint

LAGENDA HIPHOP TERKENAL, LOOSE JOINT SERTAI BARISAN JURI ‘BATTLEGROUND 2010’
Ujibakat “BATTLEGROUND” 2010 pada 29 Ogos 2010

Melalui tema ‘Tiada Sempadan, Tiada Sekatan’, pertandingan tarian jalanan ‘Battleground’ 2010 kini kembali dengan sesi ujibakat untuk musim terbarunya pada 28 Ogos 2010, dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di pintu masuk Berjaya Times Square.

Semua penari jalanan tidak kira umur, bangsa, warganegara, jantina dijemput untuk menyertai ujibakat ini. ‘Battleground 2010 diterbitkan oleh Astro dan diberi sokongan oleh Gatsby selaku penaja utama serta sokongan dari MY FM selalu stesen radio rasmi.

LooseJointKick

Sekali lagi Astro telah mengundang Marcus ‘Ephic-phlave’ Tucker yang juga merupakan pemilik dan pengasas ‘Face da Phalve Entertainment’, Aga atau ‘Swiftlocker dari Taiwan serta jurulatih tarian terkenal Peter Ong sebagai juri bagi pertandingan ini.

Pada tahun ini juga, Lagenda Hip Hop terkenal, Loose Joint telah dijemput untuk menyertai barisan juri. Beliau akan memberi peluang keemasan kepada para peserta yang telah disenarai pendek latihan dan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menjadi penari jalanan yang bertaraf antarabangsa.

Loose Joint ialah salah seorang yang telah bertanggungjawab untuk menemui tentang tarian bebas Hip Hop dan telah menjadi lagenda kerana usahanya yang bersungguh-sungguh itu. Loose Joint juga telah membina namanya pada tahun 1990-an dan telah memenangi tempat kedua bagi pertandingan ‘Big Breakdance’, penampilan istimewa dalam filem ‘Beat Street’ dan juga merupakan sebahagian daripada krew tarian ‘Fantastik Duo’.

Beliau kemudiannya menyertai ‘Fresh Fest Rap’, rombongan tarian Chaka Khan sebagai penari dan juri untuk ‘Dance Delight di Jepun. Selain itu, Loose Joint juga pernah bekerja untuk ramai selebriti seperti Michael Jackson, Mariah Carey, Will Smith, Jaz-Z, Jermaine Dupri, Monica, Gangsta Slick Rick dan ramai lagi.

Mari sertai ujibakat ‘Battleground 2010’ dan disenarai pendek. Ujibakat ini akan menyenaraipendekkan 16 krew tarian terbaik dan hanya 4 krew tarian akan bertarung di pusingan akhir pada 18 Disember 2010 nanti. Hadiah menarik seperti RM50,000 dan pelbagai hadiah menarik lain menanti anda yang ditaja oleh Gatsby.

Berikut ialah butir-butirnya:

Tarikh: 28 Ogos 2010, Sabtu
Masa pendaftaran: 10.00 pagi ke atas
Tempat: Pintu Masuk Berjaya Times Square

Syarat-syarat kelayakan masuk:

– Satu pasukan dengan minimum 2 krew atau maksimum 6 krew tanpa sempadan warganegara, bangsa atau jantina
– Harus bermastautin di Malaysia dan berumur 15 tahun ke atas
– Setiap peserta hanya boleh mewakili satu pasukan
– Sila bawa CDMuzik dalam format CD dengan durasi 1 minit 30 saat
– Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan atau passport
– Gambar berkumpulan dan gambar individu berukuran 4R

Jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘Battleground 2010’ di Astro Wah Lai Toi (saluran 311) pada setiap hari Sabru, jam 7.00 malam dari 23 Oktober 2010. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com.my/astrobattleground

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

48 Hour Film Project 2010

Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia