in

TV3 Umum Senarai Peserta Mentor Musim Ke-6

Budiey dikhabarkan TV3 akan memperkenalkan senarai peserta atau protege dalam program realiti Mentor pada minggu hadapan iaitu pada 13 Mac 2012 di sebuah cafe restoran terkemuka di ibu kota.

Satu majlis pengumuman akan diadakan di Hard Rock Cafe. Budiey rasa sangat teruja siapakah yang akan menjadi peserta Mentor untuk kali ini. Pasti penuh dengan drama dan kejutan, kan?

Program realiti pencarian bakat Mentor yang kini memasuki musim ke-6 telah mendapat sambutan hangat apabila lebih 3000 peserta hadir ketika berlangsungnya sesi uji bakat pada 13 & 15 Januari 2012 di Sabah, 20 & 22 Januari 2012 di Sarawak dan lokasi akhir di Kuala Lumpur pada 4 hingga 19 Februari 2012.

Menerusi paparan sesi uji bakat yang disiarkan dalam dua episod pertama Mentor pada 4 dan 11 Mac 2012, pelbagai karenah dan ragam para peserta dapat disaksikan hanya kerana ingin bergelar protege bagi Ella, Ramlah Ram, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Faizal Tahir, Ferhad dan Adam.

Persoalan mengenai siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam gelanggang Mentor 6 bersama ‘sifu’ Ella, Ramlah Ram, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Faizal Tahir, Ferhad dan Adam bakal terjawab! Selain daripada memperkenalkan 6 protege, tetamu juga berpeluang untuk beramah-mesra dan melihat persembahan pertama mereka.

Mentor 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Rasmi Caprice CHIKARO

Promosi Filem Jidin Sengal Sekitar KL Sentral