in ,

TV3 & TV9 Siar Program Istimewa Sempena Nuzul Al Quran

Bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran, TV3 dan TV9 telah menyediakan program istimewa untuk para penontonnya. Dua tele-filem baharu yang akan menemui para penonton pada hari Isnin, 13 Julai 2014 memaparkan kisah hidup individu yang menyimpang dari ajaran Islam dan diberi hidayah.

TV9
SKRIN DI 9: BIBIR TANPA ZIKIR
14 Julai 2014 (Isnin), 8.30 malam
Sinopsis: Bibir Tanpa Zikir mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Amira. Sejak kecil, Amira dan abangnya Hisyam dididik menunaikan solat dan asas agama yang baik. Bagaimanapun ketika meningkat remaja, Amira mula memberontak. Ini disebabkan sikap ibu bapanya yang terlalu memaksa dalam urusan membabitkan agama. Sikap mereka juga keras kerana apabila dia liat bangun menunaikan solat Subuh, ibunya akan memaki hamun. Rumah mereka akan bising dengan suara ibunya yang lantang mengejutkan mereka setiap pagi. Ini sekaligus membuatkan dia benci dan bersolat hanya kerana terpaksa.

Sebaik tamat pengajian, Amira berkahwin dengan kawan abangnya, Bakthiar Lim Abdullah, seorang mualaf yang berasal dari keluarga berada. Bakthiar menganggap perkahwinan ini atas dasar agama dan cinta, manakala Amira pula menganggapnya sebagai jalan untuk melarikan diri daripada kongkongan keluarga.

Dia menyangka suami mualaf itu boleh dipandang remeh dan boleh diperkotak-katikkan. Amira sering menipu suaminya dan apabila bekerja pergaulannya semakin meluas. Dia lebih suka berkawan dengan rakan-rakan yang banyak bersosial dan menghabiskan waktu di kelab malam.

Dia hanya akan bertudung di depan suami dan keluarganya, namun, tudung akan dibuka apabila keluar bertemu kawan-kawan. Amira semakin hanyut dalam dosa dan kepura-puraannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersukaria dengan kawan-kawannya.

Amira juga bermewah dengan pemberian suaminya dan sudah pandai meninggikan diri, malah hilang hormat pada suaminya. Bakthiar sentiasa bersabar dan berbaik sangka dengan menganggap semua itu adalah ujian Allah SWT untuk menduga kesabaran dan keimanannya. Dia tidak jemu berdoa agar isterinya kembali ke pangkal jalan.

Pelakon: Lisdawati, Adam Corrie, Normah Damanhuri, Hisham Ahmad Tajudin, Adrea Abdullah
Pengarah: Kapt. Khir Mohd Noor
Penulis Skrip: Siti Rohayah Abu Samah

Bibir Tanpa Zikir Poster

TV3
SEJERNIH EMBUN
14 Julai 2014 (Isnin), 10.00 malam di TV3
Sinopsis: Razman terlibat dalam gangterism sejak remaja. Dia tidak pernah mengenali keluarganya mengakibatkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah. Razman jatuh cinta pada Jaclyn, orang kepercayaan bos besar. Namun, Jaclyn meletakkan syarat RM 1 juta jika inginkan cintanya dan wang tersebut harus diperolehinya dalam masa seminggu.

Disebabkan terdesak, Razman kembali menjejaki Raymond yang pernah melarikan wangnya berjumlah hampir RM 200 ribu. Razman ke Jitra, kampung halaman Raymond. Puas dicari namun Raymond tidak ditemui. Ketika Razman hampir berputus asa, dia terkejut apabila mendapati suami Salmiah, Syukor ialah Raymond yang telah memeluk agama Islam. Malah, Syukor juga mengatakan bahawa duit tersebut telah didermakan. Razman telah menculik Salmiah untuk memaksa Syukor menyerahkan duit tersebut atapun Salmiah akan dibunuh.

Sepanjang dikurung oleh Razman, Salmiah berterusan bersolat dan mengaji. Razman agak terganggu dengan bacaan Al-Quran tersebut namun akhirnya tertidur dan bermimpi dia berada dalam api panas. Apabila tersedar, Razman meminta Salmiah meneruskan bacaannya.

Pada masa yang sama, Syukor mendapatkan bantuan Basri bagi membebaskan Salmiah. Basri mencadangkan agar Syukor beritahu sahaja pada Razman yang mereka sudah ada wang tersebut. Syukor terkejut dengan cadangan Basri namun dia hanya menurut. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Pelakon: Fizz Fairuz, Jessey Lim, Faradhiya, Beego, Datuk Ahmad Tarmimi Serigar.
Penulis Skrip: Rosmadewi
Pengarah: Khairul Anuar (Nuad) Othman
Penerbit: A.Aida Production Sdn Bhd

Sejernih Embun (1)

Sejernih Embun (8)

NYAMUK TAK BERDOSA
15 Julai 2014 (Selasa), 9.30 pagi
Sinopsis: Sarimah dan Bahrin telah berkahwin sejak 16 tahun yang lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Atiqah dan Afiq. Sarimah bekerja sebagai tukang cuci manakala suaminya, Bahrin, bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sikap Bahrin mula berubah ketika Sarimah mula bekerja.

Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa anak-anak mereka. Dia menjadi seorang yang panas baran, seringkali memukul dan mengugut Sarimah. Sebaliknya, Sarimah terus setia terhadap suaminya dan tidak pernah sedetik pun terfikir untuk bercerai demi masa depan anak-anaknya.

Pelakon: Kamal Adli, Zarina Zainoordin, Puteri Balqish, Adik Danish Zaqwan, Raja Azmi, Dian P. Ramlee.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my dan TV9 di www.tv9.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia. Kepada mereka yang terlepas untuk menyaksikan program ini boleh layari laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Sejernih Embun (4)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dave Bautista di Promo Tour Guardians of the Galaxy

Astro Digital Siar Perlawanan Jerman vs Argentina