in ,

Trailer Filem Ngorat

Pada hari ini, Grand Brilliance telah menyiarkan trailer rasmi untuk filem terbaru lakonan Aaron Aziz pegang peran Kapten Arjuna Kasih aka K.A watak penasihat kepada Ijam, Erra Fazira pegang watak wanita yang agak kerek dan pelakon baru iaitu Iedil Putra memegang watak Ijam yang sangat loser.

Ngorat, Filem terbitan Grand Brilliance yang bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Oktober 2012. Selain dibintangi oleh pelakon paling popular 2012, Aaron Aziz, Erra Fazira, Iedil Putra, Nas-T dan Zain Ruffedge, filem ini juga menampilkan penampilan istimewa daripada beberapa orang pelakon iaitu Dynas, Marsha,

Mengisahkan tentang Arjuna Kasih (Aaron Aziz) yang akan muncul di dalam kehidupan seharian Ijam (Iedil Putra), seorang loser yang tidak pernah mempunyai awek. Dalam masa 40 hari, Ijam kena dapat awek yang cun, kalau tak dapat, Ijam akan bertukar jadi Mak Nyah. Haha, macam lawak filem nih.

Tengok pada official trailer ni, Budiey rasa filem ini sangat menghiburkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fara Fauzana di Post Party ABPBH2011

Gambar Adira di Karpet Merah ABPBH2011