in

The Red Kebaya, Yours, Mine & Ours, The Legend of Zorro di RTM

RTM MENGHIDANGKAN LIMA FILEM MENARIK DAN HEBAT SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2008.

Tanggal 31 Ogos pastinya sudah tersemat utuh di lubuk sanubari setiap rakyat Malaysia sebagai Hari Kebangsaan sekaligus cuti umum. Pastinya seluruh masyarakat Malaysia mula memikirkan cara untuk meluangkan waktu bersama keluarga dengan aktiviti bermanfaat dan berguna.

Bagi perayaan Hari Kebangsaan kali ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membariskan lima buah filem hebat lagi menarik buat tatapan anda semua sempena cuti Hari Kebangsaan. Antaranya, ‘The Red Kebaya’, ‘Yours, Mine & Ours’, ‘Bilut’, ‘The Legend of Zorro’ dan juga ‘Sarjan Hassan’. Diharap ia dapat membantu anda mengisi hari cuti anda seisi keluarga.

Tirai akan dibuka pada 30 Ogos 2008 (Sabtu), jam 8.30 malam di RTM1. Menerusi filem ‘The Red Kebaya’, penonton akan dibawa mengikuti kisah Latiff seorang anak yatim piatu yang bertugas sebagai seorang jurufoto. Dia yang hidup bersendirian mengambil keputusan untuk pergi menjelajah ke seluruh negara dalam pencarian menangkap gambar-gambar rumah yang tidak didiami lagi.

Sepanjang pencarian tersebut dia sering dihantui oleh gambar serta suara yang mengimbau kembali pada zaman kanak-kanaknya yang dipenuhi dengan trauma. Sewaktu mengunjungi sebuah rumah di Pulau Pinang yang membawanya kembali ke 50 tahun yang lalu dan memberinya peluang menyaksikan segala peristiwa yang mengejutkan yang berlaku di dalam rumah tersebut. 

Filem hebat ini dibintangi oleh Vanida Imran sebagai teraju utama yang telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem ini pada Festival Filem Malaysia Ke-20. Turut menjayakan filem ini adalah Ramli Hassan, Bob Mercer, Samantha Schubert, Zahim Albakri, Fauziah Nawi, Sabera Shaik dan Elaine Daly .

Pada keesokan harinya, 31 Ogos 2008 (Ahad) pada jam 3.00 petang menerusi RTM2 dengan menampilkan sebuah filem Inggeris bertajuk ‘Yours, Mine & Ours’ khas buat tontonan seisi keluarga. Filem ini berkisar tentang Frank dan Helen yang meruakan ibu bapa tunggal sedang bercinta. Frank merupakan seorang laksamana “Widowed Coast Guard” dan mempunyai lapan orang anak. Manakala, Helen seorang pereka fesyen yang dikurniakan 10 orang anak menerusi perkahwinan terdahulu. Mereka bertem semua di hari perjumpaan semula sekolah mereka dan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Barisan pelakon yang terlibat menjayakan filem ini adalah Dennis Quaid, Rene Russo, Sean Faris, Katija Pevec, Dean Collins, Tyler Patrick Jones, Haley Ramm dan Brecken Palmer. 

Manakala pada 1 September 2008 (Isnin) jam 12.30 tengah hari di RTM2 para penonton berpeluang menonton sebuah filem yang berkisar tentang FELDA yang bertajuk ‘Bilut’. Cereka ini mengisahkan tentang Yusuf seorang anak peneroka FELDA. Bapanya Yazid adalah peneroka pertama di tanah rancangan Felda Bilut. Yusuf bekerja di bawah pengurusan Inggeris. Segala cabaran dihadapi oleh Yusuf dengan cekal. Bapanya berasa bangga di atas kejayaan Yusuf apabila menjadi satu-satunya snsk FELDA yang melanjutkan perasaan di Brussels.
 
Barisan pelakon terkenal yang menjayakan filem ini adalah  Rosyam Nor, Eja, Rusdi Ramli, Que Haidar, Ezlynn dan Adlin Aman Ramli.

Pada petang hari yang sama  penonton bakal dihiburkan dengan filem ‘The Legend of Zorro’ pada jam 3.00 petang di RTM2. Zorro meneruskan perjuangannya melindungi masa depan California dan penduduknya. Isterinya yang jelita Elena meninggalkannya keran dia enggan menunaikan janjinya untuk hidup seperti orang biasa.

Elana mula menjalinkan hubungan dengan Armand seorang bangsawan Perancis. Selepas berlaku sebuah letupan, Zorro mengesyaki Armand bukan seorang yang baik. Filem ini membariskan pelakon seperti Antonio Banderas, Catherine Zeta-Jones, Michael Emerson dan Adrian Alonso.

Sementara itu, ‘Sarjan Hassan’ bakal menemui penonton di RTM2 pada jam 9.00 malam. Sewaktu Hassan (P.Ramlee) berusia 10 tahun bapa kesayangannya telah menyahut panggilan Ilahi. Peristiwa ini menambahkan lagi kedukaannya yang sebelum itu kehilangan ibunya. Majikan arwah bapa Hassan mengasihaninya lalu mengambilnya sebagai anak angkat. Walau bagaimanapun, anak kepada majikan arwah ayah Hassan, Aziz (Jins Shamsuddin) berasa iri hati terhadap Hassan dan apabila dia dewasa dia berasa amat benci akan Hassan. Apabila Hassan dewasa, Aziz dan kawan baiknya Buang (Salleh Kamil) selalu membuli dan mencari masalah dengan Hassan.  

Dalam masa sama seorang gadis sekampung bernama Salmah (Saadiah) telah jatuh hati kepada Hassan, perkara ini membuat perasaan marah Aziz terhadap Hassan bertambah membuak-buak. Sewaktu Perang Dunia Kedua meletus Askar Melayu memerlukan ramai anggota tentera bagi menjaga keselamatan negara pada ketika itu. Hassan dan Aziz masing mencuba nasib dan terpilih untuk menyertai Askar Melayu. Malangnya, Hassan tidak dapat turut serta kerana perlu membantu ayah angkatnya menguruskan kebun mereka.     

Lantaran itu, segelintir penduduk kampung menyindir Hassan dengan memanggilmya pengecut. Hassan yang tidak tahan dengan semua tohmahan yang dilemparkan mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan menyertai tentera. Dia menjadi tentera yang berdedikasi hinggalah dinaikkan pangkat menjadi sarjan. Apabila Jepun mula menyerang Malaya, Hassan menentang Jepun dengan penuh semangat dan berani. Manakala Buang pula menjadi pengkhianat dengan menyertai Jepun sebagai tali barut. Dia menggunakan kuasanya mengacau orang kampung dan menculik Salmah untuk dijadikan isterinya. Berjayakah Hassan menyelamatkan Salmah ? 

Barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah P. Ramlee, Saadiah, Jins Shamsuddin, Salleh Kamil, Daeng Idris dan Aini Jasmin.
   
Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Hari Kebangsaan menerusi RTM1, Saluran Inforia Anda dan RTM2, Saluran Famili Anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PERJANJIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN – MOU ANTARA RTM DAN TAEKWONG SYSTEM

Wahid, Azli, Lan Pet-Pet, Fauziah Nawi, Sheila Rusly Dalam Drama Ta’in