in ,

Teater Dia Semanis Honey Muzikal Bakal Dipentaskan di Istana Budaya

Bagi mengubat kerinduan para peminat, pihak Astro dengan kerjasama produksi Cube Film Sdn Bhd, Hyper Pictures Sdn Bhd dan Istana Budaya bakal membawakan naskah drama popular yang diangkat daripada adaptasi novel, Dia Semanis Honey lakonan Juara Gegar Vaganza Musim Kedua Siti Nordiana bersama pengacara AF2016 Alif Satar ke pentas teater tidak lama lagi.

Teater Dia Semanis Honey Muzikal

Teater Dia Semanis Honey Muzikal ini bakal menghimpunkan barisan pelakon asal bagi mengimbau momen-momen menarik yang pernah menjadi fenomena di kalangan peminat drama melayu tempatan tidak lama dahulu.

Majlis Sidang Media Teater ‘Dia Semanis Honey Muzikal’ akan diadakan tidak lama lagi dan media bakal mewar-warkan lebih lanjut tentang teater ini.

Teater Dia Semanis Honey Muzikal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cinta Roller Coaster Lakonan Hebat Syazwan Zulkifly & Puteri Aishah

Park Bo Gum Rancang Mahu Bercuti di Malaysia Dengan Keluarga