in ,

Drama Cinta Roller Coaster Lakonan Hebat Syazwan Zulkifly & Puteri Aishah

Apabila bercinta di usia remaja, segalanya kelihatan indah. Ada yang beranggapan cinta monyet itu hanya mainan cinta yang tidak kekal dan juga sebaliknya. Namun, sekiranya dua insan itu memang sudah ditakdirkan untuk bersama, tiada apa-apa yang dapat menghalang mereka untuk bersama. Itulah yang telah terjadi dalam drama bersiri terbaharu, Cinta Roller Coaster.

Drama yang mengandungi 20 episod ini bakal menyusul di kaca televisyen khas buat peminat setia TV3 menerusi slot Dahlia bermula 26 November 2016, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang. Drama berbentuk komedi romantik ini dibintangi pelakon yang semakin melonjak naik seperti Syazwan Zulkifly, Puteri Aishah, Nadzmi Adhwa, Nas-T, Arissa Jasmin, Natasya Ellyza dan Lan Syiro.

Drama Cinta Roller Coaster

Saksikan lakonan hebat Syazwan Zulkifly dan Puteri Aishah dalam drama ‘Cinta Roller Coaster’ mulai 26 November ini!

Cinta Roller Coaster ini berkisar tentang percintaan Shakir (Syazwan Zulkifly) dan Ziany (Puteri Aishah) yang berputik sejak di bangku sekolah lagi. Kisah mereka begitu manis dan mendapat restu kedua-dua orang tua mereka. Ziany merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh neneknya. Manakala Shakir pula merupakan anak tunggal yang berasal daripada sebuah keluarga yang penyayang.
Perjalanan percintaan mereka dipenuhi dengan kegembiraan sehingga ke jinjang pelamin. Mereka berkahwin dan mendapat tawaran belajar ke sebuah universiti tempatan yang sama.

Segala kemanisan percintaan mereka berubah menjadi pahit apabila Ziany mula hamil. Oleh kerana tertekan dengan keadaannya yang sering loya, Ziany sering tidak hadir ke kuliah. Tambahan pula Ziany menghidap satu alahan yang teruk ketika hamil itu. Malahan perangai Ziany juga mula dingin terhadap Shakir dan mula berpaling kepada rakan sekelas Shakir, Muzzamil yang jauh lebih kacak.

Apakah kesudahan kisah percintaan Shakir dan Ziany? Mampukah mereka mengatasi segala cabaran dalam perkahwinan mereka? Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Cinta Roller Coaster pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula 26 November 2016 ini pada jam 6.58 petang dalam slot Dahlia, TV3.

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Roller Coaster, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang di slot Dahlia, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Cinta Roller Coaster juga boleh disaksikan di portal video www.tonton.com.my sebelum siaran di TV3 melalui pakej tonton VIP.

Drama Cinta Roller Coaster

Drama Cinta Roller Coaster

Drama Cinta Roller Coaster

Drama Cinta Roller Coaster

Drama Cinta Roller Coaster

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Fattah Amin di Pelancaran Duta & Produk Minyak Wangi AJ DE’ PARFUM

Teater Dia Semanis Honey Muzikal Bakal Dipentaskan di Istana Budaya