in ,

Teaser Muzik VIdeo ZIKIR PAGI HARI Kumpulan Al-Manna

Nah, di atas ini antara petikan teaser 54 saat dari muzik video terbaru Al-Manna – ZIKIR PAGI HARI yang akan disiarkan sepenuhnya di Youtube Channel Al-Manna pada hari Jumaat ini (21 Nov 2014).

Al-Manna di Cameron Highland

Budiey berpeluang menonton pada malam tadi dan pertama kali tengok teaser muzik video yang menjadikan Cameron Highland sebagai lokasi utama ini, terasa nyaman dan sejuk mata hati melihat sinematografi pemandangan indah ciptaan Allah dengan ladang teh yang menghijau di Cameron Highland seiring sinonim dengan alunan zikir. Berbaloi kumpulan yang terdiri daripada empat orang anak muda ini datang jauh dari Kuala Lumpur ke menaiki puncak Cameran Highland semata-mata untuk capture pemandangan yang sangat cantik dan mendamaikan. Sesuai dengan tema dan konsep lagu ZIKIR PAGI HARI. Bak kata lirik dalam lagu, Cinta Allah Sayang Allah, Lihatlah alam menghijau sayup mata memandang yang resah jadi tenaaaaangg. Memang menenangkan.

Budiey dah tak sabar nak tengok video penuh. Di sini Budiey nak ucapkan selamat maju jaya buat adik-adik dari Al-Manna. Semoga dengan muzik video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insyaallah.

Al-Manna di Cameron Highland

Al-Manna di Cameron Highland

Al-Manna di Cameron Highland

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Abadi Lakonan Padu Sherry Ibrahim & Zulhuzaimy

Budiey Mencari Penaja Untuk Party Ulangtahun Budiey.com Ke-8