in

Tawaran Hebat di Tonton Premium Sempene Merdeka

Raikan Sambutan Merdeka & 1Malaysia dengan tawaran hebat di Tonton Premium!

Bersempena sambutan Merdeka & Hari 1 Malaysia, Tonton menawarkan pelbagai pilihan video hebat buat pelayar khas meraikan sambutan perayaan ulung negara tahun ini.

Terbaru di Tonton Premium, menampilkan “Istimewa Merdeka”. Dengan harga serendah RM4, anda kini berpeluang menikmati program muzik terbaik antaranya; konsert ikon oleh penghibur versatil negara, Allahyarham Dato’ Sudirman pada tahun 1986 (dihadiri oleh 100,000 peminat) dan sambutan gilang-gemilang Konsert Merdeka KLCC pada tahun 2003. Kesemua rancangan khas ini setelah pembelian, boleh ditonton tanpa had selama sebulan.

talentime

Memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Yasmin Ahmad dalam bidang perfileman, Tonton turut menayangkan filem terakhir arahannya di saluran Tonton Movies. Diterbitkan pada tahun 2009, Yasmin menggambarkan jalan penceritaan Talentime sebagai ‘sebuah cerita tentang kegembiraan dan duka, dipenuhi harapan dan kekecewaan, menggabungkan penulisan lagu yang menyentuh jiwa dan kaya dengan elemen karakter’. Berikut ringkasan filem Talentime:

“Mengisahkan seorang guru muzik yang juga merupakan seorang penghibur menganjurkan pertandingan talentime antara sekolah. Semenjak permulaan sesi ujibakat, persediaan dan raptai sehinggalah ke acara pertandingan utama, kesemua karakter diadun dalam dunia penuh emosi – harapan dan cita-cita, perasaan cemburu, elemen komedi ringan, kisah percintaan dan kekecewaan – semuanya tersusun dalam sebuah hari yang dipenuhi dengan warna-warni muzik dan persembahan.”

Filem ini menampilkan barisan pelakon tempatan popular antaranya Harith Iskander, Azean Irdawaty, Adibah Noor dan pendatang baru Mahesh Jugal Kishor, Mohd Syafie Naswip, Pamela Chong serta penyanyi Jaclyn Victor. Allahyarham Yasmin turut mengutarakan idea di sebalik penghasilan filem Talentime – sebagai manusia, kita perlu melalui pelbagai kesusahan dan pancaroba sebelum boleh berjaya menggapai impian.

Talentime kini boleh ditonton oleh semua dengan cuma RM5 (bersamaan dengan 5 kredit) untuk tempoh tontonan selama 2 minggu.

konsert_merdeka

merdeka_specials

konsert_sudirman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Tab 10.1 Celcom Consumer Launch Event

Airasia: 2Q11 Results Growth at all levels