in ,

Tawaran Diskaun Tiket Konsert UNGU Live di Malaysia

Kemunculan UNGU pada penghujung bulan Februari ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat. Bertempat di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014, kita akan menyaksikan persembahan hebat daripada mereka. UNGU yang terdiri daripada, Pasha (vokalis), Makki (bass), Enda (Guitaris), Onci (Guitaris), Rowman (Drummer) akan menyanyikan lagu-lagu seperti “Melayang”, “Cinta Pertama”, “Demi Waktu”, “Andai Ku Tahu” dan banyak lagi.

Konsert UNGU “live” Di Malaysia Penampilan Khas Pembuka Tirai Oleh Artis SRC

[dropcap]S[/dropcap]ebelum Ungu tampil menggegarkan pentas, empat artis SRC bakal menghangatkan penonton sebagai pembuka tirai persembahan selama satu jam. Empat artis yang dimaksudkan adalah Qierra, Snapshot, Hazman dan Twinnies. Mereka akan membawakan single terbaru mereka yang sudah mula diputarkan dicorong radio dan juga youtube, seperti “Sepi”, “Kau Yang Satu”, “Cinta Jangan Pergi” dan “You Marah I Love You”.

Bagi mereka yang belum dapatkan lagi tiket ke konsert ini, sila layari www.ticketcharge.com.my . Harga tiket RM 98, RM 138, RM 188. Apa yang lebih menarik lagi seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur, mereka akan memberikan 22% diskaun dengan setiap pembelian dua keping tiket sahaja sehingga 27 Februari 2014. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari www.facebook.com/enfeventresources pelbagai kejutan menarik menanti anda.

Konsert Ungu Live Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Filem SEJOLI di Pawagam Mulai Hari Ini

Gossip Hanez Suraya Bakal Nikah Dengan Suami Orang?