Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Tangisan Bulan Madu Lakonan Ezany Nizariff, Rita Rudaini Dan Zarynn Minn



SLOT RATU: TANGISAN BULAN MADU, BERMULA 20 MEI 2008, SETIAP SELASA DAN RABU, JAM 9.00 MALAM DI RTM2

Kehadiran novel Tangisan Bulan Madu bagaikan fenomena hingga diulangcetak belasan kali dan disusuli oleh tiga sekuel. Lantaran itu sehingga kini watak Bogatt dan Amira masih segar di ingatan peminat setia karya Samsiah Mohd Nor yang sekaligus pernah diangkat antara novel perintis dalam genre sastera pop di Malaysia. Kini, Setelah 17 tahun, baru lah novel ini dipindahkan ke medium televisyen.

Dihasilkan dalam bentuk drama bentuk drama 30 episod, Tangisan Bulan Madu disiarkan mengisi slot Ratu, bermula 20 Mei 2008, setiap Selasa dan Rabu, jam 9.00 malam di RTM2.

Kerjasama dan persefahaman antara penulis skrip, Maizura Mohd Ederis sebagai penulis skrip dibantu oleh Samsiah Mohd Nor, pengarang asalnya berjaya menghasilkan sebuah karya yang boleh berdiri dengan sendiri di samping karya asalnya.

Namun mereka akur pada hakikat perbezaan medium yang menuntut beberapa perubahan semasa proses adaptasi. Kemunculannya di kaca televisyen, pasti mendapat kejutan yang menarik dari segi huraian plot, perubahan struktur, penambahan isi kandungan, tekstur, visual dan pengolahan yang hasilnya jelas menunjukkan kekuatan visual yang ingin ditonjolkan.

SINOPSIS DRAMA TANGISAN BULAN MADU

Tangisan Bulan Madu mengisahkan saat tiga minggu paling bermakna yang dikecapi pasangan Bogatt dan Amira ketika berbulan madu. Amira, seorang gadis kampung miskin yang bertemu jodoh dengan Bogatt, anak ahli perniagaan berjaya di Kuala Lumpur.

Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu. Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain.

Amira merayu agar Bogatt meninggalkan “sesuatu” kepadanya. Bogatt tetap dengan pendiriannya. Lalu di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin sekali lagi buat selamanya.

Amira kemudiannya menjadi guru di samping menghasilkan puisi menggunaka nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuklah Pengantin yang diangkat daripada kisah benarnya dengan arwah suaminya. Dalam diam puisinya diminati R.Q.Amir yang sering menghubunginya melalui e-mel tapi tidak pernah dibalasnya.

Tetapi pertemuannya dengan penyair saling tidak tumpah seperti Bogatt mengejutkan Amira. Apatahlagi setelah lelaki bernama Razlan itu memperkenalkan diri sebagai R.Q.Amir yang meminatinya. Malah lebih mengejutkan, Razlan adalah adik kepada Bogatt tetapi berlainan ibu.

Razlan berterus-terang menyatakan rasa cintanya terhadap Amira tetapi ditolak kerana Amira masih setia terhadap sumpahnya pada arwah Bogatt. Razlan yang kecewa memutuskan mengikat tali pertunangan dengan Johanna, gadis pilihan ibunya. Hakikatnya baik Razlan mahupun Amira memendam rasa di atas keputusan itu.

Masa berlalu Razlan asyik menunda pernikahan yang akhirnya membuatkan Johanna nekad memutuskan pertunangan mereka. Kemunculan Bada, seorang doktor yang menabur budi mengubati ibu Amira berkesudahan Amira terpaksa melunaskan wasiat ibunya supaya Amira menerima Bada sebagai suami.

Razlan kecewa lalu membawa diri ke luar negara menyertai projek kebajikan membantu mangsa perang. Sementara Amira pula tidak dapat menerima Bada sepenuh hati kerana kesetiaann cintanya terhadap Bogatt.

Lima tahun berlalu, hubungan Amira dan Bada masih dingin. Bada sengaja menyibukkan dirinya dengan tugas di hospital. Amira masih terdera perasaannya mengingati Bogatt yang sudah bertahun-tahun tiada. Dia kemudiannya berhenti mengajar lalu menguruskan perniagaan Butik Marina. Razlan pula kembali ke pangkuan keluarga untuk menguruskan perniagaan milik keluarganya.

Bada yang bosan dengan situasi itu nekad menceraikan Amira dengan talak satu. Detik itulah Amira semakin tertekan dan kerap mengunjungi pusara Bogatt.

Mampu kah Amira berpegang kepada sumpah setia itu? Apatahlagi dengan kemunculan semula Razlan yang tidak pernah putus asa menyatakan rasa cintanya terhadap Amira.

Tangisan Bulan Madu menyaksikan lakonan mantap dan berkesan Ezany Nizariff, Rita Rudaini, Dato’ Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor, Liza Othman, Zarynn Minn, Eira Syazira dan Aripah Damanhuri.

Saksikan kesudahan episod tragis dan perjuangan kesetiaan wanita cekal bernama Amira menerusi Tangisan Bulan Madu disiarkan mengisi slot Ratu, bermula 20 Mei 2008, setiap Selasa dan Rabu, jam 9.00 malam di RTM2.

[tags]Ezany Nizariff, Rita Rudaini, Dato’ Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor, Liza Othman, hollywood gossips, legend of bagger vance, los angeles escort, Zarynn Minn, Eira Syazira, Aripah Damanhuri, Tangisan Bulan Madu, bada, bogatt, amira[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah
  • Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Sah Nikah di Thailand
  • Gambar Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
  • Pernikahan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan SAH
  • Gambar Bayi Anak Lelaki Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
  • Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai
  • Sinopsis Drama Lillahitaala Lakonan Zamarul Hisham, Rita Rudaini
  • Kisah Pelakon Ezany Kecewa?
  • Rita Rudaini Gadis Buta dalam Jangan Bunuh Matahariku
  • Jangan Bunuh Matahariku Siri 2 Lakonan Rita Rudaini



  • 34 Komen untuk entri “Tangisan Bulan Madu Lakonan Ezany Nizariff, Rita Rudaini Dan Zarynn Minn”

    1. afza kata:

      Drama ni mesti best nyer……. Siapa tak tengok rugi sangat……..

    2. normalakml kata:

      saya ikuti drama ini mulai episode 2. saya ni jenis yang sukar baca novel…tapi jalan cerita TBM ni memang menarik, para pelakon yang membintangi drama inipun menghayati watak dengan baik. tema lagu Pelangi Petang bersesuaian dengan cerita. tak sabar tunggu hingga akhir episode..

    3. Ekin kata:

      Menariklah citer ni.. Lain daripada yang lain..Sy cuba untuk dapatkan novel ni tapi tak jumpa2. Kat ner boleh saya dapatkan kesemua siri Novel Tangisan Bulan Madu ini?

    4. Maizura Mohd Ederis kata:

      SAlam Ekin, tks krn menonton. Novel Tangisan Bulan Madu 1 boleh di beli di showroom Creative Enterprise Sdn Bhd, Bangsar Utama, KL. Tangisan Bulan Madu 2 sukar dicari kerana penerbitnya sudah tutup. TBM3 & 4 diterbitkan sendiri oleh pengarangnya, Samsiah Mohd Nor. Hubungi e-mel sam0965@yahoo.com jika berminat.
      Untuk maklumat lanjut lawati http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

    5. lady_carlorino kata:

      Novel Tangisan Bulan Madu memang best jalan ceritanya… memang menyayat hati… tapi siri yang ke dua tak bacalah pulak…

    6. ana kata:

      apa ek lagu soundtrack tuk cite nih

    7. Maizura Mohd Ederis kata:

      Pelangi Petang – nyanyian Sudirman Hj Arshad. Asalnya soundtrack untuk filem KAMI lakonan Sudirman sekitar tahun 80-an kalau tak silap.

    8. yuzana yusop kata:

      Adakah pengarangnya, Samsiah Mohd Nor mempunyai inisiatif untuk menerbitkan semula Tangisan Bulan Madu 2 di bawah syarikatnya sendiri?

    9. Maizura Mohd Ederis kata:

      Salam Yuzana, tks krn berminat. Biasanya, penerbit kecil atau “indie” seperti Samsiah bergantung kpd keputusan pengedar buku. Kalau pengedar yakin ada pasaran utk buku ini, tak ada masalah utk Samsiah menerbitkannya semula. InsyaAllah…

    10. hawa anatia sofia kata:

      best sangaatlah wayang nie

    11. an kata:

      harap keluarkan semula Tangisan Bulan Madu yang pertama….sekuel sume masih ade…yg pertama dah hilang…pasaran dah takde…harap maklummm…kalau ok adekan VCD untuk cerita tu..heheh

    12. marla kata:

      brapa episode drama tangisan bulan madu ini? tak sabar nak tunggu ending nyer.. good drama…tersentuh jiwa

    13. Maizura MOhd Ederis kata:

      Semuanya 30 episod.

    14. shalieda kata:

      tak dpt nk ikuti citer ni dr mula
      harap sesangat buat dlm bentuk vcd
      di jamin dpt sambutan

    15. Fatima sarif kata:

      Saya telah mengikuti cerita ni dari awal hingga 29 episod kerana saya memang meminati cerita ini.memang best. Tak sabar nak tunggu kesudahan episod ni….

    16. mawar kata:

      apa kesudahan cerita ni ? Bila agaknya habis ?

    17. sefrina kata:

      penghabisan cerita x da ending… napa x abis kan betul… tergantung.. jalan cerita ok.. sedih cerita ini bila ianya terjadi.. saya baca buku ini dari buku 1 sampai buku 4 memang seronok dan menyedihkan… tolong perhabiskan cerita ini dalam tbm2… buatla sambungan baru la kesinambungannya…

    18. shasuke kata:

      amira xbley apala…razlan lari skali lagi..tapi bleh gak la wasiat bogatt

    19. dayah kata:

      Hmm…miss episod akhir la….apa citer Dr bada yang kemaruk dengan jandanya tu??? Ending amira dengan razlan macamana??? Frust betul….

    20. alia kata:

      aLaa..cerita nih x ada kat youtube..
      nk sangat tgk cerita nih..
      baca sinopsis die pon mcm best je jln cerita nye walaupon sedih..
      harap2 adelah keluar dlm bentuk vcd atau dvd ke ye..
      tolonglah..

    21. MieRa07 kata:

      ciTer ni mmG beSt… nOveL nYer saya dah baca… taPi tak ingat taHun biLer… dah lama rasa nyer… seDih sesaNgat baCa nOveL nih.. taPi tak sanGka nak di buaT dRama… syaBas penuLis nOveL nih…

    22. siti kata:

      novel dan drama ini memang best..tapi sayang..saya tak dpt tgk ending nya..apa kesudahannya?

    23. shah kata:

      saya suka dgn cerita tangisan bulan madu saya tgk di you.tube cerita nya sangat menarik tapi saya kecewa saya hanya dapat tgk sampai eps26 je mana nya eps seterusnya saya nak tgk sampai habis tolong la ye sambungkan eps27 sampai habis boleh.

    24. Guest kata:

      Saya orang singapura & shiok benar sayer menonton criter ini.
      Malang nye , tak ader pula terusan criter ini .
      Saya berharap sangat2 siri Tangisan Bulan Madu 2 akan keluar .
      saya pasti , mesti banyak yang menonton :D
      Dan saya umur 15 , -

    25. natasha kata:

      hie, saya pun org singapore. saya nak tanye awak sikit bleh ? u know whn tangisan bulang madu is being advertised in suriachannel. there is this one song that captures me. i wonder if u know the song. appreciate it alot if u do. its not the theme of the song. its the song that played during advertisment. thank u very much. boleh lah awak email saya kalau awak tau lagu tu. :) kinky_gerl@hotmail.com

    26. hani kata:

      HMMMMMMM sbenarnya ni ceta lama…. so novel dah tak da jual kat mana-2 pun.
      saya berjaya dptkan novel ni pun kat library. so if ada yg org singapura blh lah gi library pinjam novel ni dari 1 – 4. if tak dpt smua empat pun blh lah buat reservation cam yg i buat utk tangisan bulan madu 3. dah selesai pun smua saya baca.
      saya ni jenis yg tak sabar nak ikuti ceta kat tv sbab slalu lupa. ceta sedih giler……… sampai nganis tak perduli anak-2 tgk.

    27. hani kata:

      cadangan yg baikkkkkk sgtttt kalau di adakan dvd sbab tak lah terlupa slalu nak tgk tv.

    28. natri kata:

      @ natasha the song is Aizat – Lagu Kita

    29. ayu kata:

      takda pun cerita ni kat youtube maana agak ia ayu leh tgk full cerita ni asyik balik dari keje cerita dia da habis…

    30. nurhidayah danish kata:

      camne nak bli novel ni ye… dr siri 1 smpi akhir… sayang novel ni dah hilang sebb peminjam dah pindah… tension lorh….

    31. Maizura Mohd Ederis kata:

      Drama bersiri Tangisan Bulan Madu [TBM] sebanyak 30 episod sedang di ulang tayang di TV1 pada bulan November 2010 iaitu mulai minggu lepas, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 pagi.

      Ini adalah siaran ulangan kali kedua. Termasuk tayangan di Singapura bermakna sudah empat kali TBM disiarkan kepada penonton.

      Kepada yang terlepas, jangan ketinggalan menyaksikannya.

      Tentang novel. sila dapatkan novel TBM yang pertama di syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd [CESB] di Bangsar Utama atau beli secara online di laman web CESB. Novel ke-2, ke-3 dan ke-4 sudah tidak lagi diterbitkan.

      Selamat menonton dan membaca!

    32. wani kata:

      Memang puas hati tengok drama ni di TV2.Rasa dapat menyelami hati dan perasaan Amira yang kesepian tanpa suami yang di kasihi.Di harapkan cerita ini ada kesinambungan yang seterusnya.

    33. ana kata:

      memang best cerita ni…apa nama bogatt dalam cerita ni ek?lupa le…

    34. Loneliness Hearts kata:

      Hi.. ada sapa2 tau tak kat
      mana or bagaimana saya nak dapatkan or beli Novel
      Tangisan Bulan Madu?
       

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK