Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sorakan Emosi EURO 2008 @ TV3 & NTV7 Tajaan Celcom & Telekom Malaysia

Tidak lama lagi demam bola sepak akan melanda para peminat bola sepak seluruh dunia. Ye lah, apa tidaknya, EURO 2008 bakal menggegarkan Malaysia. Mungkin sebab itu, bertemakan SORAKAN EMOSI, TV3 dan NTV7 akan menyiarkan secara PERCUMA perlawanan EURO 2008 kepada korang semua!

Sebelum apa-apa, Budiey nak ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat hak penyiaran eksklusif untuk siaran televisyen PERCUMA bagi EURO 2008 yang bakal berlangsung di Austria dan Switzerland dari 7 Jun hingga 29 Jun 2008. Tahniah juga kepada Celcom dan Kumpulan TM kerana atas bantuan tajaan rasmi, EURO 2008 berjaya ditayangkan di TV3 dan NTV7. Budiey rasa kalau tidak ada kerjasama Celcom dan kumpulan TM, mungkin impian untuk merealisasikan kehangatan EURO 2008 sukar dijayakan. Ye lah, untuk buat kempen sebegini dalam tempoh yang panjang dan di banyak lokasi sudah tentu makan belanja yang besar.

Pada jam 3.30 petang tadi (29 April), bertempat di Menara Celcom, satu majlis menandatangani antara syarikat telekomunikasi Celcom, Kumpulan TM & Media Prima Berhad disempurnakan oleh Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan Media Prima Berhad, Dato’ Seri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Dato’ Sri Shazali Ramly dan Naib Presiden bahagian Pemasaran Integrasi Kumpulan Telekom Malaysia, Puan Zainab Hashim.

Dihoskan oleh Ally Iskandar, acara diadakan di foyer Menara Celcom ini turut ditonton oleh para staff Celcom.

Sasha Bashir, Ahmad Fedtri Yahya & zakiah Anas turut sama dikerah bergabung tenaga membawa panji.

Sempena kempen SORAKAN EMOSI, Media Prima berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati penonton menerusi pelbagai program menarik melangkaui semua rangkaian stesen TV. Antara program yang disusun seperti Soccer Kids, MHI dan Scoreboard di TV3, Breakfast Show di NTV7, Quickie di 8TV termasuklah program istimewa pula disediakan seperti Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan Sorak-Sorak di TV3 sepanjang bulan Jun.

Kata Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom:

“Celcom bangga sebab dapat bergabung dengan pihak Media Prima sebagai penaja rasmi televisyen EURO 2008. Sebagai sebuah jenama yang cukup sinonim dengan bola sepak, Celcom berbesar hati kerana dapat membawa EURO 2008 kepada para peminat bola sepak di Malaysia yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi-aksi hebat pemain bola sepak yang terhandal di dunia.”

Sempena tajaan ini, Celcom akan kasi tawaran eksklusif baik punyer untuk para pelanggan. Ada macam-macam jenis muatturun di Channel X. Layari www.channelx.com.my atau mendail *118# dari telefon bimbit anda.

Puan Zainab Hashim berucap

Dato’ Seri Farid Ridzuan

Dengan pelanggan streamyx seramai 1.1 juta orang dan pelanggan broadband seramai 1.3 juta, kumpulan TM yakin untuk memberikan yang terbaik demi kepuasaan dan memenuhi keperluan gaya hidup pengguna mereka.

Untuk tayangan siaran langsung melalui online, korang boleh buka dan klik: www.hypp.tv

Gabungan ‘lawa’ dan ‘cantik’ mencetuskan sorakan emosi. Selain aktiviti online dan on air, Celcom juga menganjurkan roadshow street party, supaya EURO 2008 akan menjadi satu sebutan sosial negara sepanjang tempoh tersebut.

Kumpulan sasaran bukan sahaja kepada peminat bola sepak, namun TV3 dan NTV7 mensasarkan kepada semua golongan dengan adanya pelbagai program yang akan diadakan kelak.

Pusat Khidmat Pelanggan Celcom akan dibuka selama 24 jam dan turut bekerjasama dengan Pelita Nasi Kandar untuk menayangkan EURO 2008 secara langsung di semua cawangan Restoran tersebut. Mesti happening kalau tonton perlawanan bola sepak beramai-ramai. kan?

Selain ucapan daripada Dato’ Sri Farid Rizuan, Puan Zainab Hashim (orang kuat TM), Dato’ Sri Mohammed Shazali Ramly, majlis menandatangani diadakan diiringi dengan persembahan pasukan sorak (cheerleader) daripada Sekolah Menengah Perempuan Pudu, persembahan pancaragam daripada alumni Sekolah St John Bukit Nenas (sekolah Aizat?) dan show menimbang bola daripada Suhaimi, seorang penimpang bola (free-styler).

Gaya aksi menakjubkan dari seorang penimpang bola, Suhaimi.

Pada EURO 2004 seramai 10 juta penonton telah dicatatkan tetapi pada tahun 2008 dengan penambahan TV9 dan NTV7 pihak Media Prima yakin  rating akan meningkat seramai 12 - 13 juta penonton sepanjang kempen EURO 2008.

Syabas dan selamat maju jaya!

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI
  • Sekitar Perlawanan Persahabatan Sempena EURO 2008 Sorakan Emosi VS UiTM
  • Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM
  • Sekitar Pelancaran Billboard Interaktif Sorakan Emosi @ Hypp.TV
  • Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini
  • CELCOM SUSPENDS 100DAYS 100CARS CONTENT PROMOTION
  • SORAK BORAK EURO HANGATKAN EURO CUP 2008 FEVER
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Sua Rasa Tajaan Celcom di TV9 Mansuhkan Perkampungan Hadhari
  • Gambar Selebriti @ Sorakan Emosi Melaka



  • 3 Komen untuk entri “Sorakan Emosi EURO 2008 @ TV3 & NTV7 Tajaan Celcom & Telekom Malaysia”

    1. obefiend kata:

      sasha bashir = awesome

    2. ABDUL MUTALIB BIN AHMAD kata:

      SAYA NAK BIODATA Dato’ Sri Shazalli Ramly

      HARAP TOLONG DAPATKAN

    3. boyot kata:

      saya nak biodata lengkap dan sejarah perjalanan hidup dato’ sri shazalli sebelum dan selepas berjaya..beliau adalah idola usahawan saya..harap impian saya akan berjaya seperti beliau..trima kasih..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET