in ,

Ada Sebab Siti Nurhaliza Teruja di Anugerah Industri Muzik 15

Dato’ Siti Nurhaliza teruja untuk menanti keputusan Anugerah Industri Muzik 15 yang akan berlangsung pada 3 Mei nanti, samada lagu Menanti Pasti akan mengulangi kemenangan seperti di Anugerah Planet Muzik (APM) baru-baru ini.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Lagu yang dihasilkan oleh Ajai ini begitu berhantu dan menjadi pilihan juri tahun ini apabila berjaya menewaskan beberapa nama besar di dalam industri muzik nusantara. Ini terbukti apabila Siti Nurhaliza berjaya menewaskan beberapa nama besar dari seberang. Menanti Pasti terkandung di dalam album runut bunyi filem ‘Kayangan’ yang sedang hangat di pasaran.

SITI PASTI MENANTI

Ditanya, apakah kekuatan lagu ‘Menanti Pasti,’ Siti menjawab,

“Bagi Siti, mungkin kekuatannya terletak pada susunan muzik atau melodi lagu itu sendiri. Bagi Siti, lagu ini cukup mencabar, kerana Siti perlu menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikannya.

Jadi, Siti perlukan lebih emosi untuk menjadikan lagu ini terbaik. Siti akan cuba dapatkan feel dan improvisasi. Siti kena lembut sesuai dengan irama yang perlahan dan membuai-buai. Juga Siti akan kawal suara untuk tidak terlalu menjerit. Siti selalu tercalon tetapi tidak semua pencalonan Siti akan menang.”

Sebenarnya, untuk lagu Menanti Pasti, Siti Nurhaliza telah merakamnya dalam masa yang sangat singkat. Ketika rakaman album runut bunyi ini, Siti merupakan orang yang terakhir merakamkan suara, namun menjadi yang pertama menyiapkannya.

Selain dari itu, Siti Nurhaliza mempunyai kelebihan yang tersendiri kerana berjaya memberikan jiwa kepada lagu “Menanti Pasti’ walaupun filem tersebut belum ditontonnya, kerana kerja-kerja penyuntingan belum selesai.

Lagu Menanti Pasti dimuatkan dalam album runut bunyi ‘Kayangan’ dan telah berada dipasaran. Setiap album CD dijual dengan harga RM25.90.

Setiap pembelian album yang asli berpeluang mendapatkan MTV Karaoke album runut bunyi ‘Kayangan’ secara percuma. Dengan penjualan yang semakin rancak, peminat-peminat diharap mendapatkannya dengan segera.

Anda ingin memiliki CD Album Runut Kayangan? Jangan lupa untuk memenanginya di peraduan album ini di Sensasi Selebriti.

Behind the scene…

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Press Conference My Aussie Adventure Travelogue – Ambassadors

Sorakan Emosi EURO 2008 @ TV3 & NTV7 Tajaan Celcom & Telekom Malaysia