in , ,

Sinopsis Telefilem Sugeh

SUGEH (KAYA) – SEBUAH TELEFILEM JAWA YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Sinopsis Telefilem Sugeh
SUGEH atau Kaya mengisahkan sebuah kehidupan masyarakat Jawa di sebuah Kampung di negara ini. Pak Hamid merupakan orang kaya di kampung tersebut yang memiliki ladang sawit yang luas serta ternakan lembu yang banyak. Pak Hamid mempunyai dua orang anak iaitu Syaiful yang melanjutkan pelajaran di England dan Safiah yang berkerja sambilan di sekolah Tadika di kampungnya.

Urusan ladang dan ternakan di uruskan oleh Azmi, seorang pemuda jujur yang juga seorang guru silat. Azmi dibantu oleh Man, pemuda yang bodoh bodoh alang. Selain itu Ijam merupakan pembantu khas Pak Hamid yang paling kuat membodek. Pak Hamid selalu menjadi tumpuan orang kampung untuk memohon bantuan. Walaupun Pak hamid seorang kaya yang kedekut namun isterinya Ruminah dan anaknya Safiah merupakan seorang yang sangat pemurah dan suka membantu orang kampung.

Herman saorang duda yang mengusahakan kedai makan di kampung itu merupakan orang kepercayaan ketua kampung yang banyak membantu ketua kampung dalam urusan berkaitan dengan pentadbiran di kampung tersebut. Lijah, adik perempuan Herman pula tidak berkahwin selepas dikecewakan oleh Syaiful yang lari ke England selepas difitnah oleh Herman yang menuduh Syaiful mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sehingga menyebabkan mereka bercerai.

Tiga pemuda kampung yang merupakan anggota band kampung iaitu Miskun, Omar dan Oden pula sering menjadi sasaran orang kampung kerana tidak mempunyai pekerjaan dan suka melepak. Walaupun aktiviti kegemaran mereka bertiga ialah mengintai namun mereka sering dikaitkan dengan kejadian kejadian yang berlaku di kampung tersebut.

Kepulangan Syaiful ke kampung dengan membawa seorang isteri mat salleh telah menarik perhatian orang kampung. Kesombongan Syaiful terhadap orang kampung menimbulkan kebencian pada orang kampung terutama Herman yg masih tidak dapat melupakan peristiwa yg berlaku diantara mereka. Lijah, adik Herman pula menuntut penjelasan daripada Syaiful kenapa hubungan cintanya diputuskan secara tiba tiba.

Kejadiaan kehilangan lembu lembu di kampung pula menjadi punca keributan di kampung itu dengan masing masing tuduh menuduh. Azmi dan Miskun serta rakan rakannya menjadi mangsa tuduhan keluarga Saiful. Pada masa yang sama Safiah anak Pak Hamid pula menjadi mangsa penculikan dan Man yang menjumpai Motorsikal Safiah ditepi jalan menyebabkan orang kampung menjadi kecoh.

Kejadian penculikan Safiah pada malam itu telah membuka mata orang kampung tentang kebenaran. Semenjak itu kesemua anggota masyarakat kampung yang tuduh menuduh telah berbaik baik dan mereka hidup dengan rukun. Pak Hamid juga tidak lagi menjadi orang yang kedekut, begitu juga Syaiful. Bagaimana pula dengan Miskun dan Rakan rakan mereka. Ikuti kisah menarik ini.

PARA PELAKON
Dato’ Jamali Shadat, Ruminah Sidek, Herman Tino, Betty Benafe, Ebby Yus, Saiful (Djpool Klfm), Su Sidek, Am Raja Lawak, Rahmad Mega, Ali Tera Rossa, Nanie Wahyu, Mejar Zainal, Victoriya Ikbal, Omar Scoin & Saharudin.

SUTRADARA
THORPE ALI fdam

PENERBIT EKSEKUTIF
AMIERUL EEMAN HARUN SALIM BACHIK

PENERBIT
HALEM.MS

TERBITAN
EEMAN CORPORATION SDN BHD.


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem SUGEH Tayang Guna Konsep Wayang Pacak

Oreo Introduces Limited Edition Oreo Tin Bus Collectible For Ramadhan