Sinopsis Ku Milikmu Lakonan Eira Syaziera dan Zizan Nin
Sinopsis Ku Milikmu
Mengisahkan Iqbal dan Soraya yang kedua-duanya mempunyai latar belakang dari keluarga yang berada. Mereka mula mengenali di antara satu sama lain melalui internet di mana Soraya yang menjadi anak Malaysia bermastautin di Amerika Syarikat menakala Iqbal pula berada di Malaysia.
Iqbal mengenali Soraya dengan nama Kirana kerana Soraya menggungkan nama samaran tersebut di dalam internet. Perhubungan jarak jauh mereka ini telah berlarutan selama 2 tahun sehinggalah satu hari Soraya mahu pulang ke Malaysia untuk menguruskan cawangan syarikat milik familinya di samping ingin bertemu dengan Iqbal.
Iqbal terkenal dengan sikapnya yang sering berfoya-foya rasa teruja untuk bertemu Kirana buat pertama kalinya. Ketika berada di dalam kapal terbang dalam perjalanannya, Soraya terfikir untuk menguji sejauh manakah kejujuran Iqbal untuk mendapinginya bukan semata-mata kerana harta. Soraya menyuruh pembantu peribadinya yang bernama Anissa untuk menyamar menjadi dirinya untuk tempoh 3 bulan agar dirinya boleh melihat sendiri keikhlasan Iqbal. Anissa yang pada mulanya keberatan terpaksa akur dengan kehendak majikannya itu.
Setelah mengenali Kirana, ternyata Iqbal tidak menyukai sikap Kirana yang dianggapnya kasar dan tidak menepati ciri-ciri wanita pilihannya. Iqbal dapat merasakan pembantu Kirana iaitu Soraya lebih menarik dan bergaya. Setelah Iqbal mempertemukan Kirana dengan keluarganya, mereka mula berkenan dengan Kirana dan ingin mengambilnya sebagai menantu. Sebenarnya, bapa Iqbal iaitu Datuk Hussien mempunyai agenda tersembunyi untuk menjodohkan Kirana dengan Iqbal untuk kepentingannya perniagaan memandangkan bapa Kirana, Syed Muzaffar merupakan jutawan di Amerika Syarikat.
Iqbal mula berasa tersepit untuk meneruskan hubungan bersama Kirana memandangkan hatinya menafikan kewujudan Kirana namun desakan keluarganya membuatkannya dalam keliru. Manakala Soraya pula sudah mula memendam persaan terhadap Iqbal dan dalam pada masa yang sama Anissa juga sudah mula menyukai keperibadian Iqbal. Adakah Anissa akan bertarung dengan perasaannya atau dia redha melepaskan Iqbal kepada Soraya yang terkenal dengan sikap materialistik dan gemar berfoya-foya?
Saksikan kesudahan cerita ini setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3.

[tags]sinopsis drama kumilikmu, akhir, penamat, cerita, cinta, sms, mms, greetings, birthday artis, horoscope, numerology[/tags]
Tags: akhir, birthday artis, Blog, cerita, Cinta, Drama, greetings, horoscope, mms, numerology, penamat, Sinopsis, sinopsis drama kumilikmu, sms, TV3
Tags: Blog, Drama, Sinopsis, TV3, akhir, birthday artis, cerita, cinta, greetings, horoscope, mms, numerology, penamat, sinopsis drama kumilikmu, smsClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 6th, 2008 at 5:22 pm
Nama dekat sangat dgn erra fazira.. mcm meniru pulak.
August 6th, 2008 at 7:39 pm
minah ni tak best langsung pon berlakon….sorry yea…
August 6th, 2008 at 8:57 pm
tu mmg nama dlm ic yg mak bapa dia bgi @ nma yg dia bgi sndri?
August 7th, 2008 at 7:09 pm
Iera ni belajar berlakon dengan sape aa?
August 9th, 2008 at 10:56 pm
boleh tak cerita ni x menyelitkan wajah atau watak farahdhiya..kenapa ntah meluat plak papa tgk muke die nie..
x mesra kamera langsung..muka pun ada riak2 keangkuhan..hok3..
mmg x bole blah la lu minah!! toink100x
August 29th, 2008 at 1:34 pm
cita ni tah hapa2…..tak logik langsung…..pelakon pun semua tak besttttt…. bulih la nak tgk bla dah boringgggggggggggggggggg……..layannn
September 1st, 2008 at 11:01 am
isk korang2 nih..jgn lah komen camtu sgt..huuhuu..walaupun ok ke x ok ke..sy suke jugak tgk..best jugak la..citer ni x berat sgt..relax je…ok la..rasenye iera tu mmg disuruh berlakon cmtu kot..nmpak kalut n ntah pape..mmg kekadang nmpk mcm x logik je..tp xpelah..tgk la nnt ending cmne nnt..huhu..nway..slamat berpuase..^_^
September 18th, 2008 at 3:05 pm
nak tau apa tajuk theme song cerita ni..nak bg kat kawan lor
September 24th, 2008 at 12:01 pm
best ape citer ni…..
September 25th, 2008 at 1:05 am
5 star utk cerita nih,drp drama lain asyik2 jalan cerita benda sama jer
October 14th, 2008 at 11:51 pm
betul ker zizan akn kawen ngn farahdhiya dlm citer ni???
sye tgk kt gmbr 2…
x bes nyer kalo cm2…
erm…cite ni bape episod ek????
October 30th, 2008 at 4:24 pm
betul kata mi n alarm…citer ni relaxxxxx sgt..tk fening kpala..watak si eira dlm citer ni mmg camtu…kolam kabut..orait pe..kalu nak kira tk logik..citer lain pun sama gak..terutama citer dendam dr kul 11-12 mlm kt tv3 tuh..bangang sgt budak pompuan ngan adik dia tu..citer lain semua sama je jln citer dia..aku suka citer mcm sindarela ngan ku milikmu ni..kelakar, kelam kabut, suspen n romantik
December 18th, 2008 at 7:34 am
Ala kte suke tgk cter ni au.jgn ktk2 tau..besh gler kirana cermin mate bes0r 2..agk2 nant die jd ctk x dlm cter ni..ea.
January 1st, 2009 at 2:26 pm
beat a pa cite ni…..me and family love d series, yang penting ada zizan…congrats tv3…tapi dh nak abiskan? uwawa
February 3rd, 2009 at 10:07 pm
dh nak abis ke cite ni? rasa mcm berabad tul menunggu cite ni nak abeh. tension tgk perangai kirana yg ntahapeapentah pastu ngn anisa yg asyik jd pak sanggup tu.. rasa mcm nk msuk dlm cite tu aje soh si anisa ni tentang blik si kirana sengal tu.
February 10th, 2009 at 4:13 am
cite ni bole tahan la..best apa..laki memang semua poyo nak pompuan yang cantik je..yang tak cantik tak mau pulak..muahahhahahah
June 2nd, 2009 at 12:17 pm
aku ase die belakon ok je…minat gle do aku ngan die..lbih2 mse die blakon embun mutiara sme ngan awal…feeling abih la