Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)





















[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sinopsis Filem Zombi Kampung Pisang

Sinopsis filem Zombie Kampung Pisang
Ketenteraman dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam.

Kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampung tersebut yang terjatuh daripada basikalnya ketika pulang ke rumah. Tiga pemuda kampung yang sering melepak di tepi jalan, Husin, Atan dan Mat Karan telah menyaksikan kejadian itu lalu bersama mengusung Pak Abu pulang ke rumahnya. Mereka bertiga memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung tersebut.

Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena–mena meninggal ketika memeriksa jenazah Pak Abu. Keadaan jadi bertambah gawat. Ketiga pemuda tersebut turun berbincang mengenai keadaan tersebut. Jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka sekali lagi. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang.

 Kerantong dipalu, memecah keheningan kampung pada malam itu. Orang ramai mulai keluar dan bergerak untuk berkumpul di dewan orang ramai. Ketika berhimpun, ramai yang menyatakan yang mereka telah terserempak dengan lembaga hantu ketika dalam perjalanan. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia. Orang ramai mulai takut dan memikirkan musibah yang berlaku. Keadaan bertambah kecoh di dewan tersebut. Masing-masing mula menyalahkan sesama sendiri akan musibah menimpa.

Siasatan dijalankan. Rumusan didapati bahawa kesemua yang meninggal telah berkunjung ke kedai kopi Pak Menawer.  Beberapa pemuda yang ditugaskan membawa Pak Menawer ke situ, pulang semula dengan hampa. Pak Menawer telah hilang.

Tindakan dibuat untuk mengumpul dan mengasingkan orang-orang yang telah mengunjungi kedai Pak Menawer. Bekalan letrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Bekalan pulih semula beberapa ketika kemudian namun orang ramai sekali lagi menjerit apabila mendapati mayat-mayat yang hilang tadi berada di muka pintu dengan keadaan menakutkan.

Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi Zombi, mula menyerang orang-orang kampung. Masing bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pihak polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Sementara itu seorang konstabel yang sememangnya tinggal di kampung itu juga telah bertukar menjadi Zombi. Pihak yang diharap juga ditimpa musibah.

Malam ini tidak lagi aman seperti biasa. Huru-hara telah terjadi dengan orang–orang kampung bertempiaran ke sana sini. Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini?

Dipetik dari: Tayangan Unggul Sdn Bhd

 

Tarikh Tayangan  : April 19, 2007

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis & Lakon layar : Mamat Khalid

Penerbit
Gayatri Su-Lin Pillai sebagai Penerbit Eksekutif
Tayangan Unggul Sdn Bhd sebagai Syarikat Penerbitan Filem

Pelakon Utama:
Awie sebagai Hussin
AC Mizal sebagai Mat Karan
Soffi Jikan sebagai Sofi
Que Haidar sebagai Deris
Ezlynn sebagai Cikgu Maimun
Nadia Mustafar sebagai Cikgu Munah

Pelakon Pembantu:
Ruminah Sidek
Zami Ismail
Loloq
Hamid Gurkha
Mazlan (Senario)
Jalil Hamid

Krew
Hatim Thai sebagai Penata Rias
Hazil Izham Ismail sebagai Penerbit Penyelaras
Khalid Zakaria sebagai Pengarah Fotografi
Nazrul Asraff sebagai Pengarah Seni

sumber: http://www.filemkita.com

Tags: , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Noir Hitam Putih Pertama 2007
  • Zombi Kampung Pisang - Gimik, Komedi & Keseronokan
  • Filem Zombi Kampung Pisang - Komedi ala Mamat Khalid
  • Yeay! Poster The Red Kebaya Rekaan Isma Yusoof Menang!
  • Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Ulasan Filem Kala Malam Bulan Mengambang
  • Sekadar Coretan
  • Profile Para Pelakon Filem CHERMIN
  • Sinopsis Filem Orang Minyak Lakonan Sharifah Sofea & Firz Fairuz



  • 5 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Zombi Kampung Pisang”

    1. effa kata:

      macam best je cite ni..tak sabar nak tengok la.. mesti kelakar dan menyeramkan.. mcm mane la ksi awie berlakon cite hantu.. ape2 pun saya akan cuba luangkan masa nak tengok cite ni.. klau ada tiket free lg bagus.. hehehehe

    2. WAWA kata:

      wawa perminat setia ACMizal… mesti tengok cite ni!! AcMizal tu kalau berlakon memang best, lawak gile!!! muka dia je nampak kacak pemikiran dia memang sebijik macam wawa lawak gile

    3. fieza cambagoz kata:

      asal filem mlayu ni mase the making nmpak cambesh je..tapi bile da tgk sume mcm sial je..promo da cambagoz..bile da tgk,tak bes langsung..but anyway,aku harap gile…cite ni tak mmbusankan n tak buang wet aku.klu busan gak,aku tak tau la anak sape y bikin filem ni..huahua :P

    4. shed kata:

      mmm.cam klakar jee..msti tgook nie..cmner zombi bley wujud kt kwsn prkmpungan?? adventuree..tp waa ckplu laa jgn pndng blakang lg seraaammm..huhu.bgus brsama2laa kite mnyokong industri perfileman negara!!

    5. Hang Kasturi kata:

      Baguih 2

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET