in , ,

Filem JANGAN PANDANG BELAKANG Seram Giler!

Seram giler! Seriau! Berdiri bulu roma! Bikin histeria satu dewan! Huru hara jadinya! Takut dan menakutkan!

Begitulah kata-kata keluar dari mulut penonton setelah menonton filem yang dibintangi oleh Mohd Pierre Andre, Intan Ladyana, Ruminah Sidek, Rio Elani, Khatijah Tan dan Hafizuddin Fadzil ini.

Dalam sejarah hidup saya, inilah pertama kali saya menghadiri pra tonton yang mempunyai bilangan penonton paling ramai dan di dewan yang paling besar. Memang happening dan meriah sebab yang datang ni semuanya penakut dan pengecut terutamanya perempuan…

Itu belum tonton dalam panggung lagi tu. Kalau dalam panggung lagilah gempak sebab ada Dolby Sound.

Foto: Minta maaf! Tiket habis! Apakah perkara yang sama akan berlaku pada 5 April ini?

Secara kasarnya, saya berpendapat filem Jangan Pandang Belakang memang menyeramkan. Plot yang ringkas senang difahami. Garapan kreatif dan suntingan yang sangat teliti. Seramnya…  orang kata seram bertempat dan bermotif.

Pelakonnya pula tidaklah terjerit-jerit seperti dalam sesetengah filem seram. Sinematografi juga ada cantik dan menarik dan ada kelas! Soundnya memang da boom! Lakonan Piere Andre sudah mencapai satu tahap kematangan. Tidak kaku dan lebih menjiwai wataknya sebagai Darma.

Ternyata lakonan Rusminah Sidek memberi satu kesan yang begitu berkesan. Saya setuju, Rusminah Sidek pelakon terbaik dalam filem ini. Barulah sekarang saya boleh percaya cakap-cakap yang mengatakan filem terbaru arahan Ahmad Idham dan skrip daripada Piere Andre ini adalah antara filem PALING SERAM di Malaysia.

Nantikan filem Jangan Pandang Belakang yang bakal mengilai di pawagam berdekatan dengan anda mulai 5 April ini.

Mampukah kutipan filem ini memecahkan rekod?

Semalam, tepat jam 8.45 malam telah berlangsung Majlis Pra Tonton Filem Jangan Pandang Belakang yang dianjurkan oleh Kelab Luncur Udara, Pusat Sukan UitM Shah Alam di Dewan Sri Budiman.

Turut dihadiri oleh para pelakon utama Intan Ladyana, Piere Andre dan Cat Farish dan David Teo serta para media termasuk Nas Ahmad (Melodi TV3). Farid Kamil pun ada memeriahkan majlis.

Terima kasih kepada Encik Azahari Abd Hamid daripada Metrowealth Movies Production kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.

Ulasan dan foto sekitar Majlis Pra Tonton Filem Jangan Pandang Belakang akan menyusul nanti. Tunggu…

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Tayangan Media Filem CHERMIN

Awie

Sinopsis Filem ZOMBI KAMPUNG PISANG