Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah



Filem Rasukan Ablasa bergenre seram ini terbitan Line Clear, arahan pengarah paling prolifik tanah air iaitu Prof A. Razak Mohaideen. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud ‘The Broken Spirit’ atau juga ‘The root of evil’ namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur ‘kerasukan’. Filem ini mengetengahkan bakat-bakat baru dan pertama kalinya kita dapat tonton lakonan Mohd Hafiz (‘Kembar’ Saiful Apek) mendapat tanggungjawab memegang watak pelakon utama.

Filem ini akan menemui penonton pada 26 Februari 2009. Majlis prebiu filem ini akan diadakan pada 17 Februari ini di Cathay Cineplex, Damansara Utama.

Poster Filem Rasukan Ablasa

Penerbit:
Latiff Mohaideen

Penerbit Eksekutif
Puad Onah

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen  

Penulis Cerita Asal dan Lakon Layar:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon:
Fouziah Ghous 
Gambit Saifullah 
Almy Nadia
Mohd Hafiz
Fairul
Yusry KRU
Datuk Jalaluddin Hasan
Eric Fuzi 

Krew:
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Azhari Mohd Zain : (Penyunting)
Irwan Mazwan : (Pengarah Seni)
Iqbal Mydin : (Pengurus Produksi)
Adzrey : (Muzik)    

Solekan dan kesan khas digunakan

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa

Kisah ini menceritakan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan. Inilah kisah ABLASA…

Antara adegan dalam filem Rasukan Ablasa:

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Filem Rasukan Ablasa Merasuk Di Pawagam 26 Februari Ini
  • Gambit Saifullah & Lisa Surihani Menang Best Dress ABP 2009
  • Gossip: Artis Gila Publisiti
  • Analisa Budiey Untuk Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular 2009
  • Rancangan Khas Masakan & Kesihatan Di RTM
  • Promosi Filem Karipap-Karipap Cinta di Movie Carnival 2011
  • Gambit Saifullah & Tania Hudson dalam Drama Tika Cinta Berbisik
  • Profile HAFIZ Akademi Fantasia 7



  • 4 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah”

    1. ROZA kata:

      Huh. membazir betul, menyesal aku g tgk.. jln cerita yg sgt simple, mcm xder idea dh..

      masa tayangan pun cuma 80 minit jer..

    2. june kata:

      citer seram jgn tegur leh pi tgk nanti..cam best…

    3. y(-_-y) kata:

      boring je sume..xde yg best pnya la

    4. i'mSorry kata:

      bgi saya,mlaysia dah byk buat filem seram ttg hntu,so apa kata lpas ni cuba buat filem seram pmbunuhan,lagi mntap cz kdg2 kal0 citer ttg hntu ni ada yg xbole dtrima akal lgsung.xlogik…kbykn org lbih suka tnton citer seram pmbnuhan,ok…apa puwn,thniah

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK