Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sinopsis Filem DIVA

Menggabungkan pelakon Malaysia & Indonesia, krew produksi pula dari India, menjadikan filem Diva antara filem pertama yang unik dengan tiga budaya negara berbeza. Filem terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd & Nusantara Films Sdn Bhd (syarikat susbsidi Astro Shew Sdn Bhd) akan menemui penonton pada 28 Jun 2007. Elemen muzik dan lakonan dalam filem ini seperti filem-filem Bollywood, telah pun memasarkan album soundtrack yang memuatkan 8 lagu, ia dijual pada harga Rm19.90. Album ini turut dihiasi suara penyanyi seperti Nas Adila, manik Purwakrisna dan Azneal Azam.

Fakta Filem DIVA:

  1. Mengikut perancangan awal, Diva diarahkan oleh Rashid Sibir dan antara pelakon terlibat termasuklah Mawi. Namun, filem ini terpaksa meneruskan penggambarannya tanpa juara Akademi Fantasia 3 itu.
  2. Menggunakan krew produksi profesional dari India dan para pelakon dari Indonesia dan Malaysia.
    Pengarah filem Diva, Sharad pernah memenangi pelbagai anugerah untuk sinetron di Indonesia seperti Janjiku, Bidadari, Istri Pilihan.
  3. Filem Diva bertemakan hiburan yang sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Dengan plot penceritaan yang tidak membosankan dan jalinan cerita yang kemas, banyak elemen drama dan mewakili tenaga dan impian golongan muda.
  4. Penggambaran sepatutnya bermula November 2005 tetapi ditunda ke Disember 2005 dengan bajet sebanyak RM 3 juta.
  5. Penyanyi sensasi, Ning Baizura memegang peranan utama yakni Kartika berganding dengan heronya, Jeremy Thomas.
  6. Pelakon Indonesia yang berlakon dalam filem Diva ialah Jessisca Iskandar & Jeremy Thomas.

Sinopsis Filem DIVA
Filem muzikal ini mengisahkan kehidupan seorang penyanyi terkenal, Kartika (lakonan Ning Baizura) yang berada dipuncak kejayaan. Namanya cukup gah dan dikenali hingga peringkat antarabangsa. Namun, di sebalik wajah gembira Kartika yang disinari cahaya glamor, tersirat pelbagai onak duri yang memakan diri. Selepas puas berada di rantauan, Kartika membuat keputusan untuk kembali ke tanahair. Kepulangan Kartika diterima dengan hati terbuka kekasih lama, Arman (Jeremy Thomas). Mereka sudah lama terpisah tetapi Arman masih setia menunggu Kartika. Pun begitu, Arman satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati Kartika. Sementara itu, ibu Kartika tidak dapat menerima kepulangannya. ibunya masih menyalahkan Kartika penyebab dia kehilangan suami tercinta. Semangat Kartika hancur, tetapi Arman tetap menemaninya. Beliau mendorong Kartika mengasas kembali sekolah muzik yang sudah lama ditinggalkan ayahnya. Dalam kesibukan mencari bakat baru, Kartika berjumpa empat anak muda berbakat, Idit (Adam AF2), Mera (Jessisca Iskandar), Eja (Balkisyh) dan Jay (Awal Ashaari). Mereka disatukan dalam kumpulan Jiwa. Idea menggabungkan mereka mendapat perhatian ramai kerana rentak muzik yang mempersonakan. Selain itu, Jiwa dikenali dengan tarian hebat yang mendebarkan hati. Apapun, tanpa disedari, sebelum Kartika melihat Jiwa berada di puncak kejayaan, Kartika terpaksa berdepan cabaran yang mengganggu ketabahannya.

Lawati web rasmi: http://www.divathefilm.com

Technorati Tags: , , , ,

Tags: , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Awal Ashaari & Ulasan Filem Diva
  • Dari Sharad Sharan Pengarah Diva
  • Gambar Ning Baizura & Kartika dalam filem Diva
  • Foto Selebriti di Gala Nite Diva The Movie
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Lirik Lagu Angin & Kasih – Filem Diva Songs
  • Gambar Sharifah Amani Botak di Malam Gala Diva
  • Filem Diva, Jakarta Post dan Transformers
  • Lirik Bintang Impianku – Lagu Tema Filem Diva
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam



  • 2 Komen untuk entri “Sinopsis Filem DIVA”

    1. mira kata:

      adam hensemlah..tunjuklah gambar adam sorang-sorang.

    2. tunang rayz kata:

      i love u awal………………………………………..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!