in

Pelancaran Portal Shawalfc.net

Senang sikit kalau dua acara diadakan satu lokasi dan kedua-duanya seolah-olah telah disusun dengan begitu rapi. Petang Jumaat 1 Jun, Ajami menelefon dan menjemput saya makan malam bersama Shawal. Belum aje diberitahu bila dan di mana, saya terus menolak kerana pada malam itu, saya kena join Movie Day Out With Aizat di TGV KLCC. Tetapi bila diberitahu makan malam + melihat Shawal berchatting bersama peminatnya di portal Shawalfc.net rupa-rupanya diadakan di lokasi yang sama, saya terus bersetuju untuk turut serta. Apatah lagi, acara ringkas dan simple ini dihadiri juga oleh pengendali blog hiburan yang lain. Agak lama juga tak bersosial dengan mereka ini selepas Akademi Fantasia 5 tamat. Kalau dulu, ada juga jumpa dan borak dengan diorang ni di Dewan Sivik… Kali terakhir jumpa rakan blogger yang semuanya famous & glamour belaka ini masa di Pre Screening Pirates of The Caribbeans anjuran Nuffnang.

Jam 8 malam, saya ke Kafe Starbucks, Suria KLCC. Melilau-lilau mencari Ajami & the geng tetapi tak jumpa. Langsung call si tukang plan ni. Katanya, Mrmanager & the gang tengah tunggu kat Restoran Sundanese yang terletak di tingkat 4. Saya terpaksa menunggu seorang kawan yang juga mahu menonton Shrek The Third bersama Aizat. Lepas pujuk member ni yang kononnya malu-malu kucing sebab first time katanya bergaul mesra dengan blogger… saya terus bawa kawan ni ke lantai 4 untuk join dinner sekali. Di sana semua selebriti blogger seperti Klubbkidd, Mrmanager, sultanmuzaffar, Ajami dan Juandanza sudah duduk bersantai bersama Shawal dan beberapa orang peminat dan pengendali portal Shawalfc.net.

Makan malam petang begitu menyelerakan dengan beberapa juadah antara ikan A-Go-Go goreng yang diperkenalkan oleh Juandanza . Hahaha lawak je. Sambil makan nasi kuning (macam nasi minyak?), macam biasalah apabila blogger sesama blogger berjumpa… maka akan timbul beberapa perbincangan hangat tentang dunia hiburan tanahair terutama sekali pasal budak-budak AF. Seronok juga dengar cerita-cerita daripada orang-orang yang rapat dan selalu bertemu dengan bintang AF. Kira macam-macam perangai kerenah ada… hehehe… sorry terpaksa off record semua cerita tu.

Kononnya saya ni still dalam diet, jadi saya cuma menjamah sikit sahaja nasi dan hidangan lain. Rugi you all bila orang belanja makan tapi sikit je yang kita sempat sentuh… hehehehe…. jaga badan punya pasal terpaksa makan sikit, kata dia.

Selain saya, sultanmuzaffar juga dijemput untuk menonton Shrek The Third bersama Aizat. Jadi, kami terpaksa meminta diri dalam jam 9.20 malam kerana terpaksa turun ke tingkat 3. Jauh di sudut hati, rasa terkilan juga kerana tidak sempat join dan ambil foto Shawal berchatting bersama peminatnya dekat Kafe Coffee Beans. Khabarnya, ramai juga peminat yang menantikan saat-saat itu untuk bermesra dengan Shawal pada malam tu di ruangan chat room. Eloklah tu, sekurang-kurangnya adalah juga aktiviti Shawal bersama dengan peminatnya. Saya kira, portal ini adalah satu platform yang bagus untuk merapatkan silaturrahim dan mengenali peminat dengan lebih dekat.

Sensasi Selebriti mengucapkan sekalung tahniah atas pelancaran portal Shawalfc.net. Semoga peminat Shawal akan terus menyokong karier Shawal yang baru bermula. Kepada Ajami dan penggendali Shawalfc.net yang lain, terima kasih kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti untuk makan malam bersama Shawal dan blogger hiburan bertaraf VVIB.

[tags]Shawal, Akademi Fantasia, Aizat, penulis blog hiburan, Restoran Sundanese, KLCC[/tags]

528753963 2Abc8932F0 O | 3

528666434 F23276D25E O | 4

528666822 3E5Fd02778 O | 5

528667248 160F79A027 O | 6

Ini dia ikan goreng A-Go-Go Shawal. Sedap dan ranggup!

528755303 Ae8889Af68 O | 7

528667892 Ed1A893E87 O | 8

528756121 3Ea4C12C75 O | 9

528668828 563088Fbc4 O | 10

Tidak perlu saya perkenalkan, you all dah kenal semua selebriti blogger ini…

528669336 328E3Ad520 O | 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem DIVA

Filem ke-2 Pierre Andre – 9 September