in ,

SimplySiti Lancar Tiga Wangian SimplySiti Eau De Parfum

SIMPLYSITI EAU DE PARFUM, INOVASI WANGIAN LUARBIASA KINI DILANCARKAN

Wangian adalah sebahagian daripada kehidupan manusia terutama setiap wanita yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa kekal cantik, harum dan menarik. Wangian turut mempunyai kuasa untuk menyerlahkan keperibadian dan daya penarik seseorang.

Sempena ulang tahunnya yang kedua, SimplySiti jenama kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin telah menapak satu langkah lagi dengan melancarkan satu kategori produk baru melalui SimplySiti Eau De Parfum selain daripada produk kosmetik dan penjagaan kulit yang sedia ada.

SimplySiti Perfume

Memperkenalkan SimplySiti Eau De Parfum, ia nya bukan sekadar wangian. Selain daripada formulasi EDP iaitu wangian peringkat kualiti tinggi, SimplySiti Eau De Parfum turut menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia. Selain itu, ini adalah satu-satunya wangian yang penuh inovasi kerana ia diformulasikan dengan inovasi Plant Betaphroline, menjadikan SimplySiti Eau De Parfum satu-satunya wangian yang boleh membantu pemakainya menjadi lebih harum, lebih menarik dan lebih gembira.

minyak wangi simplysiti

Betaphroline adalah ekstrak dari tumbuhan indigo yang ditemui di kawasan Himalaya yang bertindak sebagai perangsang liposis bertujuan membantu meningkatkan pecahan lemak berlebihan pada tubuh. Ia juga berkuasa untuk menghilangkan stres dengan merangsang penghasilan endorphin iaitu hormon gembira dalam kulit kita. Dengan itu, formulasi istimewa ini bukan sekadar wangian biasa kerana ia dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh badan dan membangkitkan mood.

SimplySiti Eau De Parfum terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan. Pure adalah bagi yang aktif, ceria dan bersifat terbuka. Precious adalah bagi wanita yang glamor, konfiden dan bijak. Manakala Memoire adalah bagi wanita yang romantik, feminin dan manis. Dengan harga RM 69.90 sebotol, ianya pasti menjadi wangian yang akan menjadi rebutan dan idaman setiap wanita.

Menariknya sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki dalam menggambarkan siapa wanita idaman mereka. Tiga jejaka tampan ini bercerita mengenai ciri-ciri gadis idaman yang diwakili oleh setiap jenis wangian SimplySiti Eau De Parfum. Dengan barisan wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, iaitu Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru iaitu Leuniey Natasha, ia pastinya suatu komersial yang pasti dinanti ramai.

Majlis Pelancaran yang bertemakan ‘Masquerade Ball’ ini telah berlangsung di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Rata-rata tetamu yang hadir bertopeng, sesuatu yang unik kerana majlis ini meletakkan fokus utama kepada wangian sekaligus membawa setiap tetamu menikmati ketiga-tiga wangian SimplySiti Eau De Parfum. Majlis menjadi lebih meriah apabila Hunny Madu muncul sebagai pengacara majlis dan keseluruhan majlis menyaksikan tarian-tarian istimewa mengikut tema Masquerade.

Turut menjadikan pelancaran ini lebih menarik, sempena lahirnya produk terbaru ini, SimplySiti bakal menjalankan satu kempen Pencarian Bintang yang dinamakan SimplySiti Star Search. SimplySiti telahpun bergabung tenaga dengan Mejar David Teo, Metrowealth Pictures selaku Syarikat Produksi Rasmi serta Majalah LISA sebagai Majalah Rasmi kempen ini untuk mencari tiga gadis yang berbakat untuk menjadi bintang terbaru di Malaysia.

SimplySiti Perfume

“Siti cukup bertuah dan gembira kerana bukan sahaja Siti dapat melancarkan wangian terbaru dari SimplySiti, Siti turut dapat berganding bersama tiga lelaki berkarisma iaitu Apek, Adam dan juga Khalis serta Leuniey Natasha di dalam komersial terbaru ini. Malah kini, Siti dan SimplySiti dapat bersama dengan ikon, Mejar David Teo dan Majalah LISA untuk sama-sama mencari bakat baru di luar sana yang bakal menjadi Ms. Pure, Ms Precious dan Ms. Memoire berlakon dalam filem terbaru Mejar David Teo. Kami bukan sahaja mencari bakat tetapi mencari bintang!” Siti, Mejar David Teo, Izza Safinaz Ibrahim editor pengurusan Majalah LISA serta pengarah-pengarah berkaliber sendiri akan turun ke padang untuk menguji bakat kesemua mereka yang hadir di Roadshow nanti.

Antara mereka semua, 9 akan dipilih ke Grand Finale di mana 3 akan menjadi pemenang dan bintang baru yang akan menyinar di bawah bimbingan Mejar David Teo. Pemilihan Metrowealth (MIG) di bawah pimpinan Mejar David Teo, amat bertepatan dengan misi SimplySiti Star Search. Slogan Mejar David Teo, “Bintang diCipta bukan diLahirkan” amat bersesuaian sekali dengan tujuan kempen ini. Kami yakin dengan bakat-bakat di luar sana. Nak tahu macam mana nak serta, layari sahaja Facebook SimplySiti dan hadiri Roadshow Ujibakat nanti” kata Dato’ Siti Nurhaliza ketika pelancaran SimplySiti Eau De Parfum hari ini.

Terdapat dua cara untuk menyertai SimplySiti Star Search ini, melalui Facebook di mana anda perlu memuat naik gambar anda dan mendapatkan undian untuk ke ujibakat tertutup, ataupun hadirkan diri ke Roadshow Ujibakat SimplySiti Star Search yang akan bermula di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 24-29 April 2012, KB Mall, Kelantan 1-5 Mei 2012 dan Kompleks Pasir Gudang, Johor pada 22- 27 Mei 2012. Mereka yang berminat hanya perlu membeli salah satu wangian SimplySiti untuk melayakkan mereka menyertai.

Hadiah-hadiah menarik bakal diterima, selain menjadi pelakon terbaru filem David Teo, Majalah LISA turut akan mempamerkan ketiga-tiga wajah ini dalam cerita utama majalah mereka, pemenang juga akan bernaung di bawah Metrowealth Pictures, turut mendapat wang tunai dan hamper dari SimplySiti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook SimplySiti, Fanpage David Teo dan MIG Online

Produk SimplySiti, boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s, Guardian, cawangan Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara dan juga di Paloma, Brunei Darussalam.

SimplySiti Perfume

Hunny Madu selaku pengacara majlis

SimplySiti Perfume

Apek sebagai Duta SimplySiti Eau De Parfum

SimplySiti Perfume

SimplySiti Perfume

SimplySiti Perfume

SimplySiti Perfume

SimplySiti Perfume

SimplySiti Perfume

SimplySiti Perfume

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Sleeq Duet Najwa Latif Berjudul UNTUK DIA

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Perfume SimplySiti