in

Siapa Mentor Musim Ke-6

Tunjuk Ajarku… Sifu!!! slogan yang tidak asing lagi untuk program realiti pencarian bakat Mentor yang kini memasuki musim ke-6! Dengan objektif untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang seni suara tempatan, fokus Mentor adalah kekuatan vokal protege-protege yang bertanding.

Tugas barisan Mentor yang menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dari hari pertama sesi ujibakat hingga ke peringkat akhir bukanlah suatu yang mudah. Gandingan hebat Pija & Zainal Abidin, Fiq & Amy Search, Black & Mas Idayu, Mohd & Ziana Zain dan Salma & Erra Fazira mengharungi pelbagai cabaran sepanjang saingan Mentor sebelum bergelar juara.

Kali ini, giliran artis atau selebriti manakah yang akan menyemarakkan bahang Mentor musim ke-6? Segalanya akan terjawab pada hari Selasa (13 Mac 2012) ini di mana semua Mentor musim terbaru akan diperkenalkan kepada media di sebuah cafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Spreads Christmas Cheer 38,000Ft In The Air

Hot In Cleveland