in ,

Showcase Rahim Maarof di Rum Jungle Kuala Lumpur

Persembahan eksklusif  Rahim Maarof  GIGIT!! di Rum Jungle Kuala Lumpur pada hari Ahad, 6hb May 2012, jam 10.00 malam

Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan anda, Rahim Maarof dalam persembahan istimewa satu malam sahaja pada 6b May 2012 pada pukul 10.00 malam. Rahim Maarof adalah satu nama yang cukup gah dan begitu tersohor sekali di dalam industri muzik tanah air akan menggegarkan buat julung kalinya di Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur.

Rahim Maarof

Tidak perlu dipersoalkan lagi Rahim Maarof berjaya menempat di hati peminat mereka dari dulu hingga ke hari ini. Kehebatan beliau tidak perlu dipertikaikan lagi malahan beliau masih berdiri teguh dengan kedudukan beliau dan ia cukup sukar untuk digugat sesiapa pun.

Pengalaman lebih 40 tahun di persada seni ini telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai barisan artis yang dihormati dan disanjungi.

Sehingga ke hari ini lagu-lagu dari beliau masih lagi kedengaran berkumandang di radio dan tetap menjadi siulan ramai. Rahim Maarof masih lagi menyengat dan malam tersebut sudah pasti mampu membuktikan sejauh mana kebenarannya!

Malah, beliau pernah dinobatkan sebagai Artis Malaysia Lelaki Terbaik pada tahun 1990. Malahan lagu-lagu seperti Shakila dan Istana Menanti telah diundi sebagai soundtrack terbaik dalam Festival Filem Malaysia pada awal 90-an.

Persembahan eksklusif ini akan memperlihatkan Rahim Maarof berpadu tenaga untuk menghiburkan setiap peminat yang hadir pada malam tersebut yang pastinya tidak menghampakan. Rahim Maarof akan menggegarkan pentas utama di Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur dengan mempersembahkan anda dengan single terbaru beliau. Single terbaru yang tidak ade mane-mane pihak pernah mendengarnya.

Rum Jungle Bar & Restaurant cukup berbangga sekali apabila Rahim Maarof sendiri memberi persetujuan untuk membuat persembahan buat julung kalinya.
Bagi peminat-peminat Rahim Maarof di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan ini menggegarkan pentas utama Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur pada 6hb May 2012, Ahad, bermula pada pukul 10.00 malam.

Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan ini adalah RM53 untuk pra jualan dan RM63 untuk termasuk satu minuman percuma. Tiket boleh didapati di www.ilassotickets.com atau di cawangan terpilih yg berdekatan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03 – 7957 6088 (ILasso Tickets Sdn Bhd). Rum Jungle Bar & Restaurant Kuala Lumpur terletak di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Rahim Maarof

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Lara Hati & Bukan Untukmu

Cinta Luar Biasa Eizlan Yusof, Natasha Hudson & Rozita Che Wan