in ,

Shindong Super Junior Join Latihan Tentera

Ahli kumpulan Super Junior iaitu Shindong telah terpilih untuk menyertai kerahan tenaga, satu latihan ketenteraan yang wajib dihadiri oleh kaum lelaki di Korea Selatan.

Menurut portal Koreaboo, Shindong akan melaporkan diri dalam perkhidmatan itu pada 25 November ini.

SHINDONG SUPER JUNIOR

Penyertaannya dalam latihan ketenteraan itu menyebabkan dia terpaksa meninggalkan hasrat untuk bersama-sama kumpulan berkenaan dalam konsert terbaharu mereka iaitu Super Show 6.

Penyanyi itu akan menjalani latihan di Kyeongki-do Euijungbu Replacement Reserve #306 selama lima minggu sebelum diserap sebagai anggota tentera sebenar untuk tempoh 21 bulan.

Kebanyakan peminat penyanyi itu meluahkan rasa sedih namun mereka berharap agar Shindong dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada negaranya.

SHINDONG SUPER JUNIOR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Vote & Tonton MTV EMA 2014

Apa Yang Menarik Tentang ZiaBella Yang Anda Tidak Tahu