in ,

Peraduan Jom Vote & Tonton MTV EMA 2014

Senarai pencalonan anugerah paling hype iaitu MTV Europe Music Awards (EMA) 2014 telah pun diumumkan secara rasminya. Kita hanya menunggu masa untuk menonton keputusan dan ramai antara peminat muzik seluruh dunia menantikan persembahan dari barisan artis yang gempak dan meletop di acara terbesar itu nanti. Anugerah MTV paling hot ini berlangsung pada 9 November 2014 jam 9 malam dan bakal ditayangkan secara langsung di kaca TV saluran MTV pada jam 4 pagi secara langsung, MTV EMA 2014 yang berlangsung di SECC, Exhibition Way, Glasgow, United Kingdom ini menyaksikan 16 kategori trofi menjadi rebutan.

MTV-Europe-Music-Awards-2014

Antara nama besar yang mendapat pencalonan banyak sudah tentunya Katy Perry yang mendominasikan dalam tujuh kategori. Tidak syak lagi, penyanyi berusia 29 tahun itu dikatakan akan menggondol trofi paling banyak.

Pelantun lagu hits Firework ini disenaraikan dalam kategori di antaranya Best Pop, Best Female, dan Best Live. Katy Perry juga bersaing dengan nama-nama yang tidak dinafikan mempunyai jumlah peminat yang ramai seperti Beyonce Knowles, Eminem, Pharrell Williams, dan beberapa nama lainnya sebagai nomine Best U.S Act.

Para pemenang di setiap kategori nantinya akan ditentukan sendiri oleh peminat melalui undian. Cukup unik kali ini kerana peminat juga boleh mengundi melalui Twitter masing-masing dengan menggunakan hashtag seperti Demi Lovato #MTVEMA #NominateDemiLovato.

Undian kini masih lagi berjalan dan anda boleh mengundi artis kegemaran di semua kategori termasuk kategori Best Worldwide Act Act di www.mtvema.com

Undian akan ditutup pada 8 November 2014.

Isnin ni, BudieyBuddies akan anjurkan 2014 MTV EMA Late Dinner Party. Yang bestnya, makanan dan minuman semua akan ditaja oleh MTV. Ada tak sesape nak join, sambil makan, sambil tengok MTV EMA. Amacam, best ke dop?   Follow IG : @budieybuddies  #mtv #MTVE

Bersempena dengan MTV EMA 2014, Budiey juga akan mengadakan MTV EMA Late Dinner Party Bersama BudieyBuddies dengan menjemput beberapa orang blogger dan rakan sosial media terkenal. Nantikan #LiveUpdate dari kami ya. Terima kasih kepada MTV yang menyediakan makanan dan minuman untuk party ini nanti.

mtv ema

Peraduan Jom Vote & Tonton MTV EMA 2014

Nak menang merchandise dari MTV EMA 2014? Budiey ada peluang untuk anda membawa pulang dua hadiah istimewa ini dengan hanya menjawab soalan mudah.

mtv ema

 

Jawab dua soalan mudah dan lengkapkan slogan di bawah:

1. Di manakah MTV EMA 2014 akan berlangsung?

2. Bilakah MTV EMA 2014 akan disiarkan di Malaysia?

Lengkapkan slogan ini:

Saya teruja untuk menonton MTV EMA 2014 secara live kerana…. (tidak lebih dari 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Jom Vote & Tonton MTV EMA 2014

Tarikh tutup peraduan:

8 November 2014

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada MTV dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Istimewa Upin Ipin dan Ultraman Ribut

Shindong Super Junior Join Latihan Tentera