in

Sesi Memperkenalkan Protege Mentor Musim Terbaru

Mentor dan Protege…kata panggilan popular bagi program realiti pencarian bakat baru bidang seni suara tempatan.

Dengan satu objektif iaitu melahirkan bakat baru, program ini terkenal dengan memfokuskan kepada kekuatan vokal protege-protege yang bertanding. Adakah peserta Mentor pada musim ini dapat menandingi juara musim lalu?

Barisan Mentor yang menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar pada musim ini ialah Azmeer, Mas Idayu, Mus (May), Dayang Nurfaizah, Ziana Zain dan Joe Flizzow.

Selepas mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran ketika sesi ujibakat yang berkakhir bulan lepas, kini tibalah masa bagi kesemua Mentor untuk tampil dan memperkenalkan protege terpilih masing-masing. Siapakah barisan bakat-bakat muda yang bakal mengikuti jejak langkah Black kali ini?

Sesi memperkenalkan protege kepada umum dan media akan diadakan pada:

Hari/Tarikh :

Rabu, 21 April 2010

Waktu :

3.00petang

Tempat :

Lower Ground Floor Concourse
Berjaya Times Square
No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Shutter Island Digarap Penuh Muslihat

Suami Maya Karin Suruh Hentikan Komen di Media