Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









SEPARUH AKHIR RENTAK JUARA RHYTHM OF CHAMPION RTM1



GEGARAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR RENTAK JUARA ‘RHYTHM OF CHAMPION’ BERMULA.

Rentak Juara ‘Rhythm Of Champion’ atau ringkasnya RJROC adalah sebuah rancangan berbentuk pertandingan “band” (berkumpulan). Rancangan ini dilihat sebagai salah satu platform yang berterusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam meneruskan komitmennya di dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru dalam arena muzik tanah air.

Bermula 25 April ini, RJROC akan membuka tirai saingan peringkat Separuh Akhir yang mana bakal menyaksikan 14 buah kumpulan bakal mempertaruhkan bakat juga persembahan mereka yang berkualiti. Saingan peringkat Separuh Akhir meliputi dua peringkat iaitu Separuh Akhir 1 (25 April) dan Separuh Akhir 2 (1 Jun).

Antara kumpulan yang bertanding pada Separuh Akhir 1 adalah Karisma, Kapitan, Oldster, Cherish 2000, Carbolic Smokeballs, The Bombers dan Septik Tones. Manakala, Separuh Akhir 2 akan digegarkan oleh kumpulan Mistaken Identity, Season Jammerz, Bitz Jam, Aisunam, Bactrim, Malaysia On Line dan Poetical Kingdom.

Menariknya, malam separuh akhir RJROC akan mempertaruhkan bakat dua orang pengacara berbakat besar, Zed Zaidi dan Emilda Rosmila yang terkenal dengan kepetahan mereka berkata-kata. Kumpulan 6ixth Sense dan Butterfingers turut diundang bagi menyerikan lagi peringkat Separuh Akhir 1 dan Separuh Akhir 2. Buat peminat setia kedua-dua kumpulan ini jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kedua-dua kumpulan ini beraksi. 
 
Pastikan anda semua tidak melepaskan peluang menyaksikan tiga buah kumpulan yang akan terus layak ke peringkat Akhir RJROC menerusi pilihan barisan juri professional.

Sementara empat kumpulan yang gagal terpilih pada setiap peringkat Akhir pula akan diberi peluang sekali lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh para penonton RJROC. Enam kumpulan pilihan penonton menerusi SMS bakal bersaing sekali lagi dalam Separuh Akhir SMS yang akan berlangsung pada 8 Jun 2008 dan hanya dua kumpulan bakal dipilih juri professional ke peringkat Akhir. 
 
Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menyaksikan kehangatan malam Separuh Akhir RJROC menerusi saluran RTM1. Pastikan anda terus bersama RTM1, Saluran Inforia Anda.


Carbolic Smokeballs

Oldster

Poetical Kingdom

Mistaken Identity

Septic Tone

Kapitan

[tags]gegaran, gempa bumi, mangsa, separuh akhir, rentak juara, rhythm, champion, band, rtm, Karisma, Kapitan, Oldster, Cherish 2000, Carbolic Smokeballs, The Bombers dan Septik Tones. Manakala, Separuh Akhir 2 akan digegarkan oleh kumpulan Mistaken Identity, Season Jammerz, Bitz Jam, Aisunam, Bactrim, Malaysia On Line, Poetical Kingdom, Zed Zaidi, Emilda Rosmila, 6ixth Sense, Butterfingers, final, RJROC[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Brownees & Car Crash Hearts Ke Final Rentak Juara
  • Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010 Cipta Fenomena
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Separuh Akhir Pertama Muzik Muzik 26
  • Konsert Separuh Akhir 2 Rentak Juara Tema Lagu Rakyat
  • Profile Kumpulan Coda Artis Baru Siti Nurhaliza Productions
  • Rentak Juara Suku Akhir Jesselton Kembali Bertanding
  • Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
  • Rentak Juara: Persembahan Enava Mengkagumkan
  • Siapa Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 26



    • AIR ATTACK

      asalam,
      kami salah sebuah dari band band ipta malaysia,
      sangat barharap jika ada battle of the band khas untuk ipta ipta seperti
      yang PERNAH di lakukan oleh pihak RTM..seperti “rhythm of champion”
      harap pihak rtm akan menimbang usulan ini..
      sekian,terima kasih..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK