Gambar Sekitar Media Nite RTM 2008

Pada 23 Mei lalu, Sensasi Selebriti telah dijemput untuk ke Malam Apresiasi Media 2008 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diadakan di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur. Terima kasih kepada warga RTM kerana sudi menjemput kami.

2519619855 A674A7Bb8D | 3

Sebenarnya, kami dijemput oleh RTM dua minggu sebelumnya dan khabarnya sepucuk surat jemputan akan dikirimkan tetapi sehingga ke saat ini, surat jemputan tidak sampai-sampai. Rasanya, kalau guna email lagi senang dan cepat.

Majlis yang sepatutnya bermula jam 8.30 malam terpaksa dimulakan agak lewat sedikit kerana kelewatan hadirin dan media yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Memang keadaan jalan pada lewat petang itu agak sesak dan katanya tidak terkawal di beberapa batang jalan.

Kami antara jemputan yang terawal sampai dan sementara menunggu majlis bermula, kami mengecapi panorama indah bandaraya Kuala Lumpur dari atas menara. Sangat cantik dan memukau dengan kerlipan lampu yang terpancar dari bangunan dan kenderaan yang bersimpang siur. 

Kami juga sempat berbual dan berkenalan dengan beberapa wartawan daripada RTM.

2520438832 5E7325Dd6C O | 4

Kebetulan pada masa yang sama ada pengambaran sebuah drama yang diterbitkan oleh Unit Drama TV di tingkat yang sama. Antara pelakon yang sempat Budiey jumpa… Zizan Nin.

2520439564 41Cec20F5B | 5

Pada jam 9 malam, majlis dimulakan dengan celoteh dari dua orang pengacara popular RTM. Selain dihiburkan dengan tarian daripada grup kesenian Menara Kuala Lumpur, hadirin juga dijemput untuk menjamu selera.

2520440394 7700B06C7E | 6

2520441216 4Edbe25Be9 O | 7

2519623333 73A6C0Fbe5 O | 8

2520442282 668Fbff4D5 O | 9

Untuk mengisi dan memeriahkan suasana, majlis meraikan media ini diserikan dengan pelbagai permainan dan cabutan bertuah dengan menjanjikan hadiah lumayan. Di samping itu juga, acara pertandingan karaoke diadakan. Budiey sempat nyanyi sebuah lagu dari nyanyian Ferhad – Kasih Berubah. LOL! Lama dah tak berkaroke sebenarnya. Sekali menjejak kaki di pentas yang dipenuhi oleh media bertaraf diva yang kebanyakannya dari akhbar dan majalah itu sudah cukup untuk buat kita diserang darah gemuruh. Oh ya, memang tak ramai media portal dan online yang datang. Nampaknya Budiey.com je lah yang menghadirkan diri. Mungkin diorang sibuk kot.

2519624487 D855Ab7708 | 10 

Haha, Budiey nyanyi pun pakai belasah je sebenarnya… tapi oklah dapat nombor 5. Huhu… hadiahnya kira okay lah jugak. Hadiah pertama dapat wang tunai, hamper serta hadiah misteri. Untuk hadiah tempat ke-5 tu, Budiey dapat sebuah microwave dan untuk cabutan bertuah pula Budiey dapat pengisar buah. Ada yang dapat hadiah yang lebih grand seperti notebook dan macam-macam lagi. Kira besar gak la bajet RTM untuk menjayakan malam meraikan media ni.

2519625305 Caa626C3Cf | 11

Dan tidak cukup setakat itu, untuk acara anugerah pula…  pembantu penulis Budiey.com, si Azwan tu berjaya merangkul satu anugerah! Wow… memang tak sangka kan? Tahniah buat Azwan sebab dapat Anugerah Wartawan Paling Sporting. Masa pengumuman dibuat pun, memang Azwan tak sangka namanya disebut. Mungkin karakter Azwan yang cepat mesra, warm dan easy going menggamit hati juri untuk memberikan anugerah kepadanya. Dan… hadiahnya sangat berharga… Azwan dapat telefon bimbit Nokia. Tahniah untuk ko, Azwan! Bolehlah ganti telefon lama dia yang selalu lemah bateri dan selalu sakit-sakit tu.

2520444176 72Cc192E7B O | 12

2520444956 054E3Ff050 O | 13

Bagi kami warga Sensasi Selebriti akan terus mempromosikan segala program daripada RTM setakat yang kami mampu. Terima kasih kepada RTM atas kepercayaan dan seterusnya mengiktiraf kami sebagai salah satu media yang dapat membantu dari segi promosi. Sekurang-kurangnya, dengan majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara media dan warga RTM, selain ia dapat mewujudkan kemesraan antara kedua belah pihak yang Budiey kira saling bergantungan antara satu sama lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SEPARUH AKHIR RENTAK JUARA RHYTHM OF CHAMPION RTM1

Gossip Fasha Sandha Dan Datuk Shafik Bercinta?