in

Senarai Program Raya Hiburan Eksklusif di RTM

Ini Baru Raya diraikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama penonton setia salurannya sepanjang Syawal ini dengan variasi program terbaik termasuklah program hiburan eksklusif khas untuk tontonan seisi keluarga. Menampilkan kemunculan artis-artis popular tanah air menyampaikan lagu-lagu raya masing-masing, ada juga program yang diselangi dengan skesta menghiburkan yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita terutamanya ketika menjelangnya sambutan Aidilfitri.

Istimewanya empat program ini diterbitkan Unit Hiburan TV RTM yang mengetengahkan kreadibiliti dan kemampuan penerbit-penerbit muda dalam berkongsi idea kreatif mereka bersama penonton. Kongsikan hasil kreativiti Serena Mohd Salleh dalam menerbitkan program Eksklusif Raya Dato’ Jamal Abdillah, Nor Kuzaimah ‘Oja’ Abd. Aziz (Raya Ke Dik), Nur Azwa Prachuap Puapan Abdullah (Hiburan Minggu Ini (HMI) Hafiz) dan Nur Ashidah Abdul Hamid (Rasa Sayang Aidilfitri).

jamal-abdillah

Dua program disiarkan menerusi saluran TV1 iaitu Eksklusif Raya Dato’ Jamal Abdillah; 28 Julai, 9.00 malam dan Rasa Sayang Aidilfitri; 30 Julai, 9.00 malam. Kemudiannya disusuli dengan program Raya Ke Dik; 29 Julai, 10.00 malam dan Hiburan Minggu Ini (HMI) Hafiz; 2 Ogos, 9.00 malam yang disiarkan menerusi saluran TV2.

Paling mengujakan pastinya tayangan konsert solo, Eksklusif Raya Dato’ Jamal Abdillah yang buat pertama kalinya menampilkan Dato’ Jamal Abdillah mengadakan konsert solo Aidilfitri bersama RTM setelah hampir 50 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Konsert yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri ini istimewanya menyaksikan penampilan istimewa anak sulung penyanyi popular tersebut iaitu Osama Yamani berduet dengan ayahnya menyampaikan lagu Selamat Hari Raya. Persembahan turut dihiasi dengan penampilan khas Mas Idayu serta pelawak Jihan Musa dan Azrul.

Menyusul program Rasa Sayang Aidilfitri, sitkom muzikal menampilkan senario masyarakat Malaysia berhadapan dengan insiden-insiden realiti ketika menyambut Aidilfitri. Bergelak ketawa dengan pelawak popular Saiful Apek, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Jihan Musa, Syuk AYJ, Yassin, Douglas Lim dan Thanuja. Turut mengetengahkan kemunculan khas Najwa Latif dan Ustaz Haslim Baharin.

Kepada penonton cilik pula, berhibur dengan program Raya Ke Dik yang mengetengahkan konsep nyanyian lagu raya oleh kanak-kanak. Menghimpunkan lapan (8) finalis Bintang Kecil Tahun 2012 dan 2013 (bawah 12 tahun) daripada seluruh negeri.

Menampilkan Alif Hadi, Elfira Loy, Rykarl Iskandar dan Mia Sara sebagai pengacara, program ini turut mengundang juri terkenal yang dibarisi oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Atilia dan Tam. Persembahan turut dimeriahkan dengan kemunculan artis seperti Fourteen, Najwa Latif, Amy Mastura dan Junainah M.Amin.

Paling ditunggu-tunggu peminat artis kelahiran bumi kenyalang ini pastinya program Hiburan Minggu Ini (HMI) Hafiz. Kemerduan suara Hafiz mendendangkan rangkaian lagu raya malar segar dan juga lagu hit beliau seperti Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui dan single terbaharu bertajuk Kesimpulan. Turut memeriahkan HMI Raya ini ialah Misha Omar, Akim Ahmad dan Shamsudin Lamin.

Luangkan masa menyaksikan rangkaian pilihan program hiburan menarik ini hanya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Iftar Him By Hatta di Rooftop Avenue K

Artis Popular Sambut Raya di Salam Perwira