in

Senarai Hotel Halal Pakej Berbuka Puasa 2010

SENARAI HOTEL DAN DAPUR SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN YANG TELAH MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA
SEHINGGA 9 OGOS 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan sehingga tarikh 9 Ogos 2010, sebanyak 22 hotel dan 51 buah dapur di sekitar Wilayah Persekutuan telah diberikan pensijilan halal Malaysia oleh JAKIM. Dalam satu kenyataan media pada tarikh 23 Julai 2010 yang lalu, saya telah menasihati para pengusaha hotel JAKIM agar segera mendapatkan sijil halal Malaysia dari JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Hal ini penting bagi mengalakkan para pengguna dikalangan umat Islam berbuka puasa di hotel yang telah disahkan halal oleh badan yang berautoriti sama ada JAKIM atau JAIN.

Bermula pada bulan Mei hingga Julai 2010, JAKIM telah menerima permohonan daripada 9 buah hotel. Dalam jumlah tersebut, sebanyak 4 buah hotel telah mendapat kelulusan manakala 5 daripadanya sedang dalam proses.

Pada 9 Ogos 2010 sahaja, JAKIM telah menerima permohonan daripada 10 buah hotel. Sebanyak 2 buah hotel telah selesai bagi proses dokumentasi makanala 8 daripadanya masih dalam proses semakan dokumen dan dijangka akan disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai.

Semasa kempen 1Malaysia 1Halal yang telah diadakan pada 6-8 Ogos baru-baru ini di Danga Bay Johor Bharu, sebanyak 50 buah hotel telah datang menghadiri taklimat pensijilan halal bagi sektor perhotelan yang diadakan di Puteri Pacific Johor Bharu. Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dikalangan pengusaha hotel dan ini merupakan petanda yang baik.

Seperti kelazimannya, sempena ketibaan bulan Ramadan al-mubarak pada tahun ini, Jabatan ini mengambil pendekatan memaklum dan menasihatkan masyarakat Islam di negara ini yang memilih untuk berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis-majlis berbuka di hotel agar memilih hotel atau premis yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Selain itu, saya ingin menasihati para pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahguna terma-terma yang boleh mengelirukan para pengguna seperti ‘buffet Ramadhan’ kerana ia adalah perbahasaan halal dan boleh diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Bersama-sama ini disertakan senarai hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah mendapat sijil halal dari JAKIM sebagaimana yang dilampirkan. Orang ramai juga boleh melayari web halal di www.halal.gov.my untuk membuat semakan hotel halal di negeri berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Malayan Emergency & VAT 69 Malaysia’s Very Able Troopers

Singgah Sahur Ramadan 2010